KUALA LUMPUR: Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR edisi ke-14 anjuran MyCEB melabuhkan tirainya dengan sebuah inisiatif menyenangkan yang dianjurkan di Institut Kanser Negara anjuran Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).
Acara tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk berhubung dengan komuniti, bertujuan menyemarakkan semangat para pesakit kanser dan pasukan perubatan di pusat tersebut sambil memupuk penyatuan dan sokongan dalam komuniti.
Lawatan tersebut menyaksikan 13 pegawai MyCEB turun padang mengagihkan hamper mengandungi snek sihat kepada 100 orang pesakit dan 30 orang pengamal perubatan.
“Dengan berakhirnya edisi pertama daripada banyak lagi inisiatif berimpak daripada MyCSR bagi tahun 2024 ini, kami amat tergerak dengan semangat solidariti dan belas yang dipamerkan ketika acara ini.
“Di MyCEB, kami kekal komited kepada etos kami berkenaan hubungan dengan komuniti, berusaha untuk membangkitkan semangat mereka yang memerlukan dan mengasuh rasa kebersamaan dalam masyarakat.
“Pengalaman merendah diri ini mengingatkan kami tentang betapa beruntungnya kita sebagai yang sihat dan berdaya, dibanding dengan para pesakit di sini yang sedang berjuang dalam pertarungan paling sukar dalam hidup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Azman Tambi Chik.
Tambah beliau lagi, mereka hadir untuk memberi sokongan secara fizikal dan mental supaya para pesakit tahu mereka tidak sendirian dalam perjuangan masing-masing.
Kehadiran para pegawai MyCEB juga sebagai tanda terima kasih kepada para petugas perubatan yang tanpa lelah mendedikasikan hidup mereka untuk menyelamatkan nyawa manusia lain.
Inisiatif tersebut selaras dengan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) MyCEB di mana badan itu bermatlamat untuk meninggalkan impak jangka panjang yang positif kepada kehidupan para pesakit kanser dan petugas perubatan di Institut Kanser Negara.
Setakat ini, program MyCSR telah menyentuh 395 jiwa sejak dimulakan pada 2018, di mana mereka memberi komitmen empat jam waktu kerja amal setiap tahun dan MyCEB akan terus melaksanakan pelbagai lagi inisiatif dengan hasil yang boleh diukur, mempamer komitmennya untuk mengekalkan impak sosial.
Israr Khalid
Thu Mar 28 2024
![Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711585604_MyCEB.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Institut Kanser Negara. - Foto Astro AWANI
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
![MyCEB, Hospital Regen Rehab anjur Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI) MyCEB, Hospital Regen Rehab anjur Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731853326_MyCEB.jpg)
MyCEB, Hospital Regen Rehab anjur Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" pada Rabu.
![MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724492124_tbMyCEBMBEW.jpg)
MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia
MyCEB secara rasmi melancarkan Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2024 bertemakan "Business Events and Technology with Sustainability" (BEATS) yang dijangka menjadi titik tumpuan buat pakar.
![MBEW 2024: Jadi penanda aras baharu, tarik pelabur dan idea teknologi MBEW 2024: Jadi penanda aras baharu, tarik pelabur dan idea teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724302188_MBEW.jpg)
MBEW 2024: Jadi penanda aras baharu, tarik pelabur dan idea teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan, dengan mengangkat tema inspirasi B.E.A.T.S.
![Inovasi mampan jadi tumpuan utama ACAAF 2024, julung kali di Malaysia Inovasi mampan jadi tumpuan utama ACAAF 2024, julung kali di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724071522_TBMyCEB.jpg)
Inovasi mampan jadi tumpuan utama ACAAF 2024, julung kali di Malaysia
Malaysia sekali lagi melakar detik bersejarah selepas menjadi tuan rumah kepada penganjuran Asia Convention Alliance Association Forum (ACAAF) 2024.
![MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024 MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722236944_tbMyCEBMACEOSMBE.jpg)
MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024
Pencapaian besar untuk Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) Ke-9 2024, menggariskan komitmen bersama untuk kedua-dua penganjur mengangkat sektor acara perniagaan di Malaysia.
![MyCEB angkat profil global Malaysia di The Meetings Show London 2024 MyCEB angkat profil global Malaysia di The Meetings Show London 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719566853_TBMyCEB.jpg)
MyCEB angkat profil global Malaysia di The Meetings Show London 2024
Platform luar biasa untuk Malaysia menyorot industri acara perniagaannya yang semakin rancak serta menangkap perhatian pemain industri antarabangsa.
![MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719479581_TBMyCEB.jpg)
MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.
![MyCEB dan CSS kerjasama bawa produk warisan negara ke peringkat antarabangsa MyCEB dan CSS kerjasama bawa produk warisan negara ke peringkat antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718429836_tbMyCEBMoCCSS.jpg)
MyCEB dan CSS kerjasama bawa produk warisan negara ke peringkat antarabangsa
Dalam misi memperkasakan nilai pemasaran produk warisan ke pasaran antarabangsa, MyCEB menjalinkan kerjasama strategik bersama Centexs Commercial Services (CCS) sebuah syarikat berkaitan kerajaan.
![MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715932009_TBMyCEB.jpg)
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
![Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024 Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711951725_TBMyCEBjpg.jpg)
Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) melengkapkan kehadiran tahun ke-11 ke Incentive Travel & Conventions Meetings (IT&CM China) 2024 yang dijadualkan telah berlangsung 26 hingga 28 Mac.