Penganjur program 'I Want to Touch A Dog' (IWTTAD) Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf atas perasaan tidak senang yang berbangkit akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing pada program itu di sini Ahad lalu.
Beliau juga menegaskan bahawa niat penganjuran program kontroversi itu bukan bertujuan memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.
Beliau menjelaskan program IWTTAD hanya bertujuan mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara pengendalian termasuk membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks agama Islam.
"Program ini tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan. Ia adalah proses pembelajaran untuk mengenali makhluk Allah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu ialah penganjur bersama program itu Norhayati Ismail dan peguam Syahredzan Johan yang mewakili Syed Azmi, penganjur IWTTAD dan Ustaz Iqbal Parjin yang dijemput menyertai program itu untuk memberi penerangan dan mengajar kaedah samak kepada peserta program itu.
Syed Azmi juga menjelaskan bahawa semua pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program, bersama-sama dengan kaedah dan amali sertu (samak).
"Saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri. Ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.
"Ingin juga saya memohon maaf kepada mereka yang hadir pada program IWTTAD dengan niat yang ikhlas untuk belajar, bukan sebaliknya," kata beliau.
Syed Azmi kemudiannya bergegas meninggalkan sidang media tanpa menghadiri sesi soal jawab media dan Syahredzan menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan atas sebab keselamatan memandangkan anak guamnya menerima ribuan ugutan termasuk ancaman bunuh.
"Semasa saya berada dengan beliau (Syed Azmi) semalam, terdapat lebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapps telefon bimbitnya.
"Ini telah menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan untuk tampil di khalayak ramai (dikhuatiri) akan menerima lagi ugutan, yang berbunyi sama ada mahu 'break his bones to death threats'," katanya.
Syahredzan juga menafikan dakwaan kononnya Syed Azmi telah murtad.
Program IWTTAD dianjurkan pada 19 Okt lalu di Central Park, One Utama di sini.
Penganjur bersama Norhayati pula berkata perbuatan segelintir peserta beragama Islam memeluk dan mencium anjing berlaku di luar kawalan mereka.
"Kami tidak berjaya mengawal (sepenuhnya) mereka yang hadir tapi berjaya dalam niat mahu membantu mengatasi perasaan takut kepada anjing dan mengajar cara yang betul pengendalian anjing sekiranya perlu seperti saat kecemasan dan cara melakukan samak.
"Kami tidak ada niat untuk mengadakannya (IWTTAD) lagi ... kami faham sensitiviti orang Islam," katanya.
Bernama
Sat Oct 25 2014

Syed Azmi menegaskan bahawa niat penganjuran program kontroversi itu bukan bertujuan memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme. - Foto Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Taman Sentosa pada Jumaat.

Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.

Patah tangan dan kaki angkara anjing
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.

Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah
Hasil siasatan awal mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.