KUALA LUMPUR: Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Dis ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat untuk menyaksikan dan memahami segala pelaksanaan dasar, inisiatif serta pencapaian Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh satu tahun pentadbiran.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata program yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan menawarkan informasi secara terus kepada rakyat mengenai perkara berkenaan melalui reruai pelbagai kementerian.
Beliau berkata program berkenaan bukan satu acara keraiaan atau sambutan pesta, sebaliknya lebih menjurus kepada hari Kerajaan MADANI bersama pelanggan.
"Ini platform yang akan kita manfaatkan untuk tingkatkan kesedaran umum tentang segala yang telah kita lakukan dan memberi kebaikan serta manfaat kepada rakyat.
"Selain itu, pelbagai pengisian ditawarkan antaranya mengenai Digital ID, malah pengunjung boleh mendaftar terus Digital ID mereka pada program ini," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia: Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Bernama TV pagi ini.
Fahmi berkata pengunjung turut berpeluang membeli barang keperluan harian mereka di reruai Jualan Mega MADANI dan Jualan RAHMAH selain membuat bayaran saman trafik di kaunter disediakan.
"Kita jangka lebih 100,000 atau menghampiri 200,000 pengunjung akan hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI ini.
"Kita harap kehadiran pengunjung ini nanti, mereka akan pulang dengan kesedaran iaitu Kerajaan MADANI sudah berjaya melakukan banyak perkara asas dalam tempoh satu tahun pentadbiran," katanya.
Beliau berkata ia termasuklah mengangkat nama Malaysia ke mata dunia terutamanya dalam pendirian berkaitan penindasan terhadap rakyat Palestin selain usaha berterusan dalam aspek menstruktur semula ekonomi, memperkasakan ekonomi digital dan mengawal harga barang dalam memastikan negara kembali 'mengaum' sebagai Harimau Asia.
Fahmi berkata mereka yang ingin berkunjung pada program bermula Jumaat ini boleh merancang perjalanan sama ada menaiki kenderaan sendiri, menggunakan kemudahan bas ulang-alik (shuttle bus) atau Transit Aliran Ringan (LRT).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Fahmi berkata program berkenaan bukan satu acara keraiaan atau sambutan pesta, sebaliknya lebih menjurus kepada hari Kerajaan MADANI bersama pelanggan. - Foto BERNAMA

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.
Cukil bakat atlet Sabah, pembangunan fasiliti harus ditingkatkan
Sukan muay thai yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di Sabah memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam aspek pembangunan fasiliti.
Kerjasama Sabah-Labuan tingkat kemasukan pelancong
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
Gaji adil selaras pendidikan keutamaan rakyat Sabah
Hasil kajian aspirasi pencari kerja di Sabah yang dijalankan DOSM dari Januari hingga Disember 2024 menekankan kepentingan gaji yang adil selaras dengan kelayakan pendidikan.
GRS yakin memerintah Sabah sekali lagi – Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor yakin memperoleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
ASEAN 2025 | 25 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
RM95 juta bina sekolah antarabangsa Islam pertama Sarawak
Sarawak memperuntukkan RM95 juta untuk membina sekolah antarabangsa Islam pertama di negeri ini sebagai usaha memperkasa pembangunan intelektual belia Islam.
Petronas kekal terbuka jalin kerjasama dengan Petros
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan petroleum sarawak bhd (Petros).

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.

PM Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemeriksaan gigi percuma pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan pemeriksaan gigi percuma termasuk pembersihan karang gigi atau scaling dan tampalan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasiona

Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.

Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis minta orang ramai guna pengangkutan awam
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam tempoh itu, 100 anggota polis ditugaskan menjaga lalu lintas dan ketenteraman awam di lokasi tersebut.

Program setahun MADANI peluang rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan menawarkan informasi secara terus kepada rakyat.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil pada 8-10 Dis
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan berlangsung pada 8 hingga 10 Dis di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, ibu negara.