KUALA LUMPUR: Program bual bicara 'Suara Anak MADANI' yang membincangkan mengenai dasar serta isu-isu hangat dengan tetamu jemputan berlatar belakangkan dunia politik dan pentadbiran kerajaan bakal menemui penonton di pelbagai platform media sosial pada 7 Dis ini.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku hos Suara Anak MADANI berkata, program 20 episod tersebut dapat merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami.
"Fokus kita adalah untuk menjemput tetamu daripada kerajaan yang mana mereka ini pembuat-pembuat dasar. Kita memberikan ruang kepada menteri dan timbalan menteri untuk keluar setiap minggu memberikan pandangan mereka sekali gus menjawab kritikan oleh rakyat.
"Program ini juga boleh dijadikan sebuah platform bagi kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat, misalnya program atau agenda yang mereka (kerajaan) laksanakan atau akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas rakaman program Suara Anak MADANI di sini, hari ini.
Shamsul berkata episod pertama dengan tajuk 'Apa Cerita Setahun Kerajaan Perpaduan Madani?' akan menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tetamu jemputan.
Beliau berkata, Program Suara Anak MADANI akan disiarkan di platform Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
"Penonton boleh melihat episod pertama ini di saluran YouTube 'Suara Anak MADANI' pada 7 Dis ini bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku hos Suara Anak MADANI berkata, program 20 episod tersebut dapat merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. - Gambar BERNAMA
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat
Program bual bicara Suara Anak Madani ini akan membincangkan isu-isu semasa bersama tetamu-tetamu jemputan yang berlatarbelakangkan dunia politik dan pentadbiran kerajaan.