Keputusan pihak polis untuk meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menunda sambutan Hari Hak Asasi Manusia mereka adalah kerana polis tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal dan memantau perhimpunan itu.
Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ini kerana sebilangan besar anggota telah pun dikerahkan untuk memantau perjalanan Perhimpunan anti-ICERD yang turut berlangsung hari ni.
“Kalau ada dua demonstrasi, dia akan berpecah, dan polis terpaksa mengagihkan pegawai mereka kepada dua tempat. Sebab itu kita takut, perjumpaan pertama (anti-ICERD) ini ramai dan memerlukan pegawai yang banyak, sebab itu (sambutan oleh Suhakam) boleh dipinda pada hari lain
“Bukan kita nak larang mengadakan demonstrasi, tetapi kita minta ditunda pada hari yang lain supaya polis tidak tertekan, kerana pegawai mereka pun tak cukup untuk mengawasi perhimpunan yang besar,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi ini bahawa sambutan oleh Suhakam perlu ditunda ekoran wujudnya ancaman keselamatan kepada orang ramai, dan kepada Perdana Menteri sendiri.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran beliau pada sambutan Hari Hak Asasi Manusia itu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan menghadirinya walaupun penganjur telah meletakkan nama beliau sebagai tetamu khas.
“Saya dah buat keputusan sebelum ini, kita tidak akan meratifikasi ICERD, tetapi Suhakam mahu kita ratifikasinya. Jadi macam mana saya nak pergi sertai sambutan itu?” ujarnya ringkas.
Firdaus Azil
Sat Dec 08 2018

Hari Hak Asasi Manusia ditunda kerana polis tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal dan memantau perhimpunan itu. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berpuas hati dengan pendekatan yang diambil PDRM dalam memudahcara perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi ICERD.

Kami berhimpun demi pertahan Melayu - Tuan Ibrahim
Perhimpunan kali ini bagi membuktikan bahawa umat Islam dan Melayu tidak akan berdiam diri jika wujud anasir yang menganggu gugat Perlembagaan Persekutuan.

Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan
Himpunan 812 sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD diakhiri dengan doa agar kerajaan Pakatan Harapan 'pendek umur'.

Himpunan 812: Peserta berkerusi roda gigih walau baru jalani pembedahan
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, tetapi dia tetap komited untuk hadir ke Himpunan 812.

Jangan main-main dengan rakyat - Ahmad Zahid
Kerjasama UMNO-Pas bukan sahaja sebagai gagasan pembangkang tetapi akan diterjemahkan dalam isu-isu membabitkan orang Melayu dan Islam.

Video 'dron' Himpunan 812: "Sesak!"
Ada antara mereka kecewa kerana gagal memasuki Jalan Raja dan mendengar ucapan para pemimpin yang hadir.

Himpunan 812: Najib, Rosmah pilih LRT ke Jalan Raja
Beliau yang menaiki LRT dari Stesen PWTC kemudian turun ke LRT Masjid Jamek sebelum bersama-sama peserta himpunan yang lain berjalan ke Dataran Merdeka.

Himpunan 812: Terima kasih kerajaan Malaysia!
Ribuan peserta perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Program Suhakam ditunda sebab polis tak cukup anggota - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad, ini kerana sebilangan besar anggota telah pun dikerahkan untuk memantau perjalanan Perhimpunan anti-ICERD yang turut berlangsung hari ni.

Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman
Ahli Parlimen Bgan Datuk itu dijangka bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kelab Sultan Sulaiman sebelum kedua-dua mereka berarak ke Jalan Raja.