SUNGAI PETANI: Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diperkenalkan di pusat tahfiz berupaya memperkasakan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta memberi peluang kerjaya yang lebih luas kepada mereka pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata pelajar yang mengikuti bidang TVET bukan sahaja boleh berkecimpung dalam bidang kerjaya berkaitan agama tetapi juga bidang lain sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.
"Kita boleh lahirkan bukan sahaja hufaz yang boleh menghafal al-Quran, tetapi pada masa yang sama mereka yang berkemahiran dan kita jenamakan mereka sebagai teknokrat Madani sesuai dengan gagasan negara kita Malaysia MADANI.
"Ini yang kita mahu, bukan sahaja mereka boleh menjadi imam nanti, bukan sahaja boleh menjadi guru agama atau terlibat dalam pengurusan masjid, tetapi mereka boleh menjadi juruelektrik dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tahfiz Vokasional Ahmadiah Rakan Kongsi Strategik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini hari ini.
Turut hadir Mudir Tahfiz Vokasional Ahmadiah Fadzil Noor Sahani dan calon Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri Gurun bagi Pilihan Raya Negeri Kedah, Mohammed Firdaus Johari.
Dalam pada itu, Fadzil Noor berkata Tahfiz Vokasional Ahmadiah mendapat sokongan daripada ILP Kepala Batas bagi menjalankan jurusan mekanikal untuk pelajar di pusat tahfiz berkenaan.
"Kita mendapat kebenaran pentauliahan pusat sebagai tempat yang bukan hanya menawarkan sijil kemahiran kepada pelajar tahfiz namun turut dibuka kepada individu lain yang berminat," katanya.
Sementara itu, Mohammed Firdaus berkata usaha itu merupakan satu daripada perkara dalam manifestonya pada PRN kali ini untuk memperkasakan TVET vokasional Madani bagi golongan muda khususnya pelajar tahfiz di kawasan itu.
"Program TVET ini akan membuka peluang lebih luas kepada pelajar tahfiz...pelajar tahfiz ini juga boleh menyertai program MyFuture Jobs di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang banyak syarikat swasta menawarkan peluang pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud memberi penerangan ketika sidang media selepas merasmikan Tahfiz Vokasional Ahamdiah hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Program TVET tahfiz luaskan peluang kerjaya pelajar - Mustapha
Program TVET yang diperkenalkan di pusat tahfiz berupaya memperkasakan pengetahuan dan kemahiran pelajar serta memberi peluang kerjaya yang lebih luas.