IPOH: Kerajaan negeri memperkenalkan Program Usha Usahawan bertujuan memberi fokus dalam membantu para usahawan mikro di Perak yang memerlukan bantuan bagi membina semula perniagaan selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Salbiah Mohamed berkata program berkenaan akan dilancarkan awal tahun depan selain mengambil kira peruntukan melalui pembentangan bajet kerajaan negeri pada pertengahan bulan ini.
"Program ini berkonsepkan pendekatan turun padang dan akan digerakkan melalui kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri demi memastikan ia dapat direalisasikan secara menyeluruh.
"Selain bantuan daripada sudut modal awal untuk kembali membina perniagaan, kita juga mengenal pasti permasalahan serta kekangan lain yang dihadapi oleh para usahawan mikro ini secara terperinci," katanya selepas pelancaran Tabung Sayang Sayang Safura di sini pada Ahad.
Beliau berkata bantuan secara sekali beri yang disalurkan melalui Geran Usahawan Perak (GeRUP) kepada para usahawan mikro terpilih sebelum ini berkemungkinan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan baharu yang dirasakan sesuai dalam usaha membantu golongan terbabit.
"Saya telah menerima banyak maklum balas positif daripada mereka yang telah menerima bantuan sekali beri sebanyak RM3,000 ini.
"Jadi, ada keperluan untuk kita teruskan kepada mana-mana mereka yang memerlukan," katanya.
Mengulas mengenai program, Salbiah berkata pendekatan diwujudkan melalui Tabung Sayang Sayang Safura itu wajar diberikan pujian kerana ia adalah platform yang dapat membantu golongan memerlukan.
"Sebahagian wang daripada pembelian barangan kemas oleh pembeli di kedai ini disalurkan kepada tabung berkenaan dan ia akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Usahawan-usahawan berjaya lain perlu ambil pendekatan serupa kerana bagi saya ini adalah cara terbaik untuk kita menyumbang semula atau berkongsi rezeki bersama masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Salbiah pada pelancaran Tabung Sayang Sayang Safura, Ahad. -Twitter@bernamadotcom
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Program 'Usha Usahawan' bantu usahawan mikro Perak
Program berkenaan akan dilancarkan awal tahun depan selain mengambil kira peruntukan melalui pembentangan bajet kerajaan negeri pada pertengahan bulan ini.