KUALA LUMPUR :Program Wacana Al-Quran merupakan satu lagi platform baharu anjuran Sinar Harian yang bakal mengupas isu-isu semasa yang menjadikan al-Quran sebagai solusinya.
Program tersebut bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi beberapa rangkaian meliputi portal Sinar Harian Online, Facebook dan YouTube.
Menurut penerbitnya Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, program berkenaan yang bersiaran selama satu jam bermula pada 6 petang itu akan tampil dengan episod sulungnya 19 Oktober ini.
“Menerusi Wacana Al-Quran, apa sahaja isu ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya, apa yang al-Quran kata, kita bawa semua isu kepada satu penyelesaian melalui cara dan kaedah yang dipandu oleh al-Quran,” katanya pada Ahad.
Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, Wacana Sinar Harian yang kini memasuki siri ke-200 semakin mendapat tempat di kalangan penonton dan menjadi ikutan bagi mengupas isu semasa.
Katanya lagi, sekiranya penganjuran Wacana Al-Quran dapat diadakan setiap minggu dengan sokongan pakar, beliau yakin ia mampu memanfaatkan banyak pihak.
“Sebelum ini, kita bawa isu secara seimbang, jadi sekarang kita hendak bagi penyelesaian kepada ummah iaitu melalui al-Quran. Kita mahu wujudkan satu ekosistem yang mana Allah dah tunjuk dalam al-Quran.
“Kenapa Sinar Harian buat? Sebab kita hendak memperjelaskan mesej yang ada dalam al-Quran dan membawanya dalam wacana supaya orang ramai faham,” katanya.
Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, pihaknya juga berhasrat menganjurkan satu lagi program iaitu My#HadithTime yang akan mengupas hadis sahih supaya lebih difahami masyarakat.
Wacana Al-Quran merupakan kesinambungan kepada kejayaan program My#QuranHour, diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu, yang menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran melalui kaedah tadabbur.
Hilmi Malik
Mon Oct 12 2020

HUSSAMUDDDIN: Menerusi Wacana Al-Quran, apa sahaja isu ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya, kita bawa kepada satu penyelesaian melalui cara dan kaedah yang dipandu al-Quran. - Gambar fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Town Hall Rakyat bersama Fahmi Fadzil terbuka kepada semua
Town Hall Rakyat itu merupakan program terbaharu Sinar Harian dengan membawa konsep mendekatkan menteri dengan rakyat.

PRU15: Program Malaysia Berdoa solusi spiritual
Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters menganjurkan Program Malaysia Berdoa pada malam terakhir sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Majlis khatam al-Quran di Karangkraf esok
Bertemakan Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum, majlis akan diadakan di Kumpulan Karangkraf bermula jam 5 petang.

Jom meriahkan Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.

Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai
Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai hari ini.

Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam
Asiah Halim berkongsi cabaran kehidupan akibat terkesan pandemik COVID-19 di Talian Jiwa yang bersiaran di Astro Oasis.

Sinar Harian bertahan kerana berani papar kebenaran
Tempoh 15 tahun bukan sahaja mematangkan Sinar Harian, malah ia juga membantu akhbar tersebut mencipta kredibiliti yang tersendiri dalam industri media cetak.

Golongan, NGO profesional dipelawa sertai kempen Rasuah Busters
Golongan profesional dan badan-badan berkaitan dipelawa untuk berganding bahu bersama-sama menyertai kempen Rasuah Busters yang diushakan oleh Sinar Harian.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.