Usahawan muda dengan impian untuk menjana pembangunan mampan buat masyarakat setempat kini mempunyai peluang cerah untuk mencapai cita-cita mereka.
Program Youth Co:Lab anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersama Citi Foundation dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) buat pertama kalinya dilancarkan di Malaysia pada Rabu.
Program yang sudah beroperasi di 11 buah negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Filipina dan Nepal ini akan melatih usahawan sosial muda yang terpilih untuk menyertai bootcamp dan peserta yang dipilih akan dapat mewakili negeri dan kemudian Malaysia ke acara cabaran Youth Co:Lab Asia Pasifik.
Tiga negeri dipilih untuk menjadi lokasi bootcamp ini termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Peserta yang dipilih harus menawarkan jalan penyelesaian kepada isu-isu semasa yang melibatkan masyarakat setempat menerusi inovasi dan keusahawanan sosial.
Program ini akan bermula pada September 2018 dan akan menghubungkan usahawan muda dengan pakar-pakar dalam industri, pemimpin kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelaburan dan pihak swasta, untuk membantu mengembangkan idea mereka dan mencipta model perniagaan yang sesuai bagi menyelesaikan isu terbabit.
Antara isu yang dipandang berat termasuk mengenai golongan tanpa dokumen identiti yang dikenali sebagai salah satu masalah di negeri Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Ghazi berkata pemilihan Sabah sebagai lokasi adalah salah satu cara bagi penganjur untuk membawa isu cabaran masyarakat ini ke arus perdana.
"Pada asasnya, program ini diwujudkan untuk memberi anak-anak muda peluang untuk mempelajari isu di bawah.
“Di peringkat Malaysia, kami telah memilih tiga isu utama iaitu mencipta peluang menjana pendapatan buat golongan tanpa dokumen, kemampanan alam sekitar dan penjimatan tenaga, serta keterangkuman kewangan.
“Tiga tema ini dipilih kerana mereka begitu dekat dengan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan yang mungkin terpinggir dari arus semasa,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program tersebut di ibu pejabat MaGIC di Cyberjaya.
Sementara itu, Penyelaras Presiden PBB bagi Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Stefan Priesner berkata anak-anak muda merupakan kunci kepada penyelesaian masalah di masa depan, terutamanya yang membabitkan kemajuan Agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
“Kami yakin jika anak-anak muda diberikan peluang untuk belajar dari pakar-pakar yang terbaik, mereka akan mampu menjadi salah satu penyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah tempat. Di Malaysia, kami mahu berkongsi kejayaan program ini di negara-negara lain dan mengharapkan pulangan yang sama atau berlipat ganda di sini,” katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia dan wakil Yayasan Citi, Lee Lung Nien.
Permohonan dibuka dari hari ini sehingga 26 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://mymagic.my/youth_colab .
Nuradilla Noorazam
Wed Aug 15 2018

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Ghazi berkata pemilihan Sabah sebagai lokasi adalah salah satu cara bagi penganjur untuk membawa isu cabaran masyarakat ini ke arus perdana.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Vikram Singh dilantik sebagai CEO Citi Malaysia
Kumpulan perbankan Citi hari ini mengumumkan pelantikan Vikram Singh sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Citi Malaysia berkuat kuasa pada 1 Mei, 2023.

UOB Malaysia ambil alih perniagaan perbankan pengguna Citi Malaysia
Selepas selesai pengambilalihan, semua perniagaan perbankan runcit dan kad kredit pengguna Citi Malaysia akan dipindahkan ke UOB Malaysia.

64 peratus wanita kakitangan Citi Malaysia, dominasi pengurusan kanan
Ketua Pegawai Eksekutif, Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata 64.7 peratus merupakan anggota pengurusan kanan bank.

Program Youth Co:Lab kini dilancarkan di Malaysia
Program yang sudah beroperasi di 11 buah negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Filipina dan Nepal ini akan melatih usahawan sosial muda yang terpilih untuk menyertai bootcamp.