LENGGONG: Sebarang penganjuran aktiviti yang mengajak umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di Perak perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang isu dan perkara berbangkit melibatkan hal ehwal agama Islam akan dibincangkan oleh Jawatankuasa MAIPk.
Menurutnya, sebarang pekeliling dan arahan dikeluarkan oleh MAIPk mesti dipatuhi kerana keputusan muktamad dibuat dengan penelitian.
"Kita perlu patuh sebab di dalam MAIPk ini, kita ada mufti, ada ulama, ada pakar undang-undang syariah dan sivil. Jadi keputusan itu yang terbaik kerana dibuat oleh orang-orang yang berilmu dalam bidang agama Islam.
"MB (Menteri Besar) tak boleh dengan senang-senang keluarkan pekeliling," katanya kepada pemberita ketika ditemui hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong pada Sabtu.
Beliau demikian ketika diminta mengulas sama ada Pulau Pinang akan mengikut langkah Selangor yang melarang sama sekali penganjuran sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain di negeri itu.
Pada Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempersoalkan mengapa risalah dan iklan Projek Artikel 11 Jom Ziarah belum dipinda sekiranya program itu hanya dikhaskan kepada bukan Islam.
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedia maklum kenyataan terbaru Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa program itu pada asalnya terbuka kepada semua, kini ditukar dan dihadkan kepada belia bukan Islam sahaja.
Program berkenaan adalah inisiatif bawah Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Inisiatif program dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.
Selasa lalu, Hannah ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa program berkenaan tidak membabitkan individu beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023
Saarani (kanan) bertemu perwakilan UMNO Bahagian Lenggong ketika hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong di sini pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Program Jom Ziarah: Tiada belia Muslim dibawa ke gereja - Hannah Yeoh
Program Jom Ziarah yang membabitkann kunjungan ke gereja oleh Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak melibatkan belia beragama Islam.