KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar sejarah tersendiri apabila menerima sijil Malaysia Book of Records (MBR) menerusi inisiatif penanaman Agrivoltaic herba terbesar untuk mekanisme penyejukan semulajadi.
Projek Agrivoltaic itu menempatkan 25,000 unit herba misai kucing berpotensi tinggi yang ditanam secara terus di bawah panel solar teknologi fotovoltaik (PV).
Inisiatif yang dipanggil Agrivoltaic4LSS telah dimulakan pada Jun tahun lalu, dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CirNeT), memfokuskan kepada integrasi strategik dalam kalangan pemain industri PV.
"Kita cover dua bahagian, satu tenaga kerana kita bantu solar industry dari segi penyelenggaran. Dalam masa yang sama kita beri agriland atau tanah pertanian
"Baru-baru ini di Parlimen, Perdana Menteri ada utarakan hal ini di mana kita sangat ketandusan tanah pertanian yang telah ditukar taraf ke tanah pembangunan.
"Kami fikir jika boleh digunakan ruang di ladang solar, kita boleh kurangkan dan jadi langkah mitigasi untuk isu agriland rules," kata Pengarah Projek Agrivoltaic@ solarfarm, Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil MBR, pada Selasa.
Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Tenaga) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Mohamad Razif Abdul Mubin dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizulkarnain Abdul Kadir.
Turut diadakan ialah majlis menandatangani dokumen MoU bagi projek solar Agrivoltaic berskala besar bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Syarikat Tesdec Green Energy Sdn Bhd.
Jelas Effendy lagi, selain misai kucing, kawasan penyelidikan dan pembangunan di ladang solar PV turut ditanam dengan beberapa jenis pokok komersial bagi mengkaji kesesuaian untuk ditempatkan di bawah panel solar.
Madiha Abdullah
Tue May 10 2022

UPM lakar sejarah tersendiri apabila menerima sijil Malaysia Book of Records menerusi inisiatif penanaman Agrivoltaic herba terbesar. - Facebook/UPM

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

ASF 2024 teraju pertanian pintar bebas racun berbahaya bakal jelajah seluruh negara
Sarawak bakal menjadi negeri pertama yang menganjurkan acara ini, memanfaatkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.

Semangat untuk terokai ilmu dorong pesara 13 cucu raih PhD di UPM
Ilmu mesti dianggap seperti lautan yang tidak pernah habis untuk diterokai.

Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Kembar seiras capai impian menjadi doktor perubatan
Sepasang kembar seiras berjaya mencapai impian menjadi doktor perubatan selepas kedua-duanya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Sultan Nazrin Shah terima Anugerah Tokoh Penulis Diraja
Sultan Perak menerima Anugerah Perdana: Tokoh Penulis Diraja daripada Anugerah Buku Negara.

Pelajar tahun akhir UPM ditemukan meninggal dunia di dalam bilik
Bau busuk dari sebuah bilik membawa kepada penemuan mayat seorang pelajar lelaki di dalam kolej kediamannya di Universiti Putra Malaysia (UPM), malam tadi.

Projek Agrovoltaic UPM disenarai dalam Malaysia Book of Records
Projek Agrivoltaic itu menempatkan 25,000 unit herba misai kucing berpotensi tinggi yang ditanam secara terus di bawah panel solar teknologi fotovoltaik (PV).

Dua subjek UPM dalam ranking pertama di Malaysia
Universiti Putra Malaysia (UPM) berada dalam ranking pertama di Malaysia bagi dua subjek dalam QS World University Rankings (QSWUR) by Subjects 2022.

Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.