NIBONG TEBAL: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek air di Sungai Perak yang dijangka mampu membekalkan unjuran 1,500 juta liter air sehari di utara Perak dan Pulau Pinang.
Beliau berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di kedua-dua negeri itu.
"Pihak kerajaan negeri faham bahawa sebahagian besar bekalan air itu adalah untuk keperluan negeri Perak bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP).
"Pada peringkat awal, Pulau Pinang berharap untuk mendapat lebih kurang 700 juta liter air sehari, namun, kita belum membuat rundingan untuk perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Ziarah MADANI masyarakat India di Bandar Tasek Mutiara di sini hari ini.
Chow berkata peringkat seterusnya adalah untuk syarikat air dari kedua-dua negeri itu mengadakan rundingan bagi menetapkan harga, jumlah bekalan air yang boleh disalurkan serta syarat-syarat lain dalam perjanjian.
Beliau berkata pada mulanya kerajaan negeri mahu membeli air mentah daripada kerajaan negeri Perak, namun apa yang ingin diusahakan sekarang ini ialah pembelian air terawat.
Perdana Menteri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat dua hari lepas berkata projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek KIGIP, dijangka mampu membekalkan unjuran keperluan 1,500 juta liter air sehari di utara Perak dan Pulau Pinang.
Anwar berkata projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah dengan peruntukan RM4 bilion dijangka dimulakan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang. - Gambar fail
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.

Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan - KM
Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.

Ahli Parlimen, ADUN Selangor akan diberi taklimat berkenaan MoU projek air
Ahli Parlimen dan ADUN Selangor akan diberi taklimat oleh Menteri Besar berkenaan MOU projek air yang bakal dilaksanakan.