JERTIH: Kerja pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Besut yang tertangguh sejak lebih dua tahun lepas diteruskan semula oleh kontraktor penyelamat bermula bulan depan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek tersebut sepatutnya dijadualkan siap pada Disember 2019 tetapi tertangguh disebabkan masalah pihak kontraktor dan infrastruktur.
"NRECC (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melantik kontraktor penyelamat secara tender terbuka pada 17 Nov lepas dengan kos projek baharu bernilai RM250 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025.
"Skop projek baharu adalah untuk menyiapkan baki kerja meliputi pembinaan benteng pemecah ombak di bahagian utara sepanjang 1.3 kilometer (km) manakala di bahagian selatan pula sepanjang 1.85 km," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke projek Menyiapkan Baki Kerja Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut dekat sini, hari ini.
Beliau berkata projek itu pada asalnya bermula sejak 2016, namun kontraktor awal ditamatkan pada Disember 2020 kerana tidak dapat meneruskan kerja.
Menurut Nik Nazmi apabila projek itu siap kelak, ia akan menyelesaikan masalah mendapan pasir di bahagian muara Sungai Besut yang menyebabkan muara menjadi cetek selain memberi perlindungan kepada kawasan jeti dan bot daripada ombak serta dapat mengurangkan masalah hakisan pantai di kawasan utara pantai.
"Selama ini nelayan dan pemilik-pemilik bot pelancong mahupun persendirian sering berdepan masalah terdedah kepada ombak besar khususnya pada musim tengkujuh.
"Selepas ini nelayan akan bebas melaksanakan aktiviti perikanan dengan laluan navigasi lebih selamat dan menggalakkan aktiviti ekonomi serta sosial penduduk tempatan," katanya.
Beliau berkata muara Sungai Besut merupakan laluan pelayaran utama bagi lebih 400 bot nelayan dan pelancong untuk berlabuh di beberapa jeti di kawasan tersebut termasuk jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Pemecah ombak sedia ada yang dibina pada 1998 kurang berkesan untuk menangani masalah pemendapan pasir seterusnya menjejaskan kelancaran air sungai ke laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) mendengar taklimat mengenai projek menyiapkan baki kerja bagi Pemuliharaan Muara Sungai Besut di Dewan Muara Kuala Besut tengah hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.

Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.