KUALA TERENGGANU: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yakin jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer selamat daripada bencana banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, beberapa lokasi yang berisiko telah dikenal pasti membabitkan pembinaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Katanya reka bentuk jajaran yang dibina itu juga berdasarkan 'Average Recurrence Interval' (ARI) 100 tahun dan strukturnya adalah lebih tinggi daripada paras banjir.
"Saya boleh ambil contoh umpamanya di negeri Pahang, sungai-sungai Pahang umpamanya, kalau mengikut statistik paras ketinggian banjir pada ketika itu iaitu 38 meter.
"Walau bagaimanapun, landasan yang kita bina adalah setinggi 51.2 meter. Jadi kita ada perbezaan 13 meter.
"Dari segi jajaran kita memang lebih daripada paras banjir yang telah berlaku sepanjang tempoh 100 tahun dan kita tambah lagi 20 peratus," katanya.
Dalam pada itu, Darwish menjangkakan pembinaan enam buah stesen di Terengganu akan bermula pada suku keempat tahun ini.
Menurutnya, kesemua kerja infrastruktur dijangka siap sepenuhnya pada 2024, sebelum diikuti dengan kerja-kerja penyediaan sistem dan ujian.
Rangkaian rel sepanjang 665 kilometer merangkumi 59 terowong dengan panjang keseluruhan 61 kilometer.
Projek yang dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion, dijadualkan siap pada Disember 2026.
Pembinaan membabitkan jajaran Seksyen A dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu manakala Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, Pahang dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang, Selangor.
Nur Fazlizai Ali
Wed Apr 13 2022

Darwis berkata reka bentuk jajaran yang dibina itu juga berdasarkan 'Average Recurrence Interval' (ARI) 100 tahun dan strukturnya adalah lebih tinggi daripada paras banjir. - Astro AWANI
Suntikan dana RM1.1 bilion terhadap Sapura Energy bukan bailout
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy bukan bentuk ‘bailout’.

Kementerian Komunikasi tegas perangi kandungan berunsur fitnah dan hasutan - Teo
Kementerian Komunikasi tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara dengan menyebarkan kandungan yang berunsur fitnah dan hasutan.

Susulan kejayaan Kampung Angkat MADANI, PM seru sektor swasta ambil ‘sekolah angkat’
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan.
[TERKINI] Panel dinding Stesen Masjid Jamek Runtuh, tiada maut
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang Rabu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).