Projek pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik Felcra Bhd di Jalan Semarak di sini, akan diteruskan walaupun lewat sedikit daripada jadual kerja asal, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurutnya, kelewatan tersebut berpunca daripada masalah aliran tunai Felcra dan pihak pengurusan agensi itu sedang berusaha bagi memastikan projek itu tetap diteruskan.
"Sekiranya kita mempunyai tawaran terbaik untuk menjana keuntungan (daripada) aset-aset ini, kita akan pertimbangkan termasuklah pilihan mengekalkan Menara Felcra bagi pengurusan Felcra dan kita menjual hartanah lain termasuk pangsapuri dan blok komersial kepada pasaran umum.
"Namun, ini tertakluk kepada tawaran yang diterima kerana kita tidak mahu menjual aset-aset dalam keadaan pulangannya tidak menguntungkan Felcra," katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di Dewan Rakyat, hari ini.
Projek di atas tanah seluas 1.63 hektar itu merangkumi menara pejabat setinggi 35 tingkat, lot pangsapuri servis 40 tingkat terdiri daripada 480 unit dan enam tingkat pusat perdagangan termasuk dua tingkat pusat konvensyen dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.1 billion.
Setakat 30 Sept 2018, kerja pembinaan telah mencapai kemajuan sebanyak 41.22 peratus dan lewat 96 hari daripada jadual kerja asal.
"Projek Jalan Semarak pada asalnya dicadangkan melalui konsep merekabentuk, membina dan membiayai dengan pihak kontraktor membina kesemua komponen pembangunan dan bertanggungjawab menyediakan pembiayaan pembangunan. Setelah siap, menara pejabat dan konvensyen itu akan diserahkan kepada Felcra.
"Namun setelah kerja ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat kontraktor, pihak kontraktor telah memohon (supaya) tanah Jalan Semarak dicagarkan kepada bank untuk urusan pembiayaan...cadangan ini tidak dipersetujui oleh Felcra.
"Bagi meneruskan projek dengan kebenaran Kementerian Kewangan dan perakuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, konsep pembangunan itu ditukar yang mana pihak kontraktor hanya berperanan sebagai kontraktor yang merekabentuk dan membina.
"Felcra melalui anak syarikat milik penuhnya, Felcra Properties menjadi pemaju dan menyediakan keseluruhan pembiayaan. Ini menyebabkan Felcra terdedah kepada risiko liabiliti kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 25 2018

AZMIN: Projek diteruskan walaupun lewat sedikit daripada jadual kerja asal.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.