KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menyaksikan pengembangan ekonomi yang lebih hebat sekiranya ia memulakan projek-projek infrastruktur mega pasca pandemik seperti kereta api berkelajuan tinggi terutama bagi tujuan pengangkutan barang yang akan memberikan pelbagai kesan ke seluruh rantaian bekalan.
Menurut Pensyarah Keusahawanan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aida Idris, projek-projek seumpama itu akan menjadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
"Dengan ekonomi digital yang semakin berkembang bak cendawan sejak tahun lepas, saya yakin kerajaan akan meneliti untuk memenuhi projek infrastruktur mega - lebih kepada pengangkutan barangan berbanding penumpang," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tiga sektor utama yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik adalah pembuatan, pertanian dan perkhidmatan tetapi tanpa mengambil kira tiga sektor ini, tiada satupun yang boleh berfungsi tanpa sokongan infrastruktur dan utiliti yang baik.
"Maksud saya ialah jangan kita abaikan ataupun terlepas pandang terhadap sektor infrastruktur dan utiliti yang merupakan syarat paling asas dalam pemulihan ekonomi negara," katanya sambil menambah beberapa negara Eropah juga mengguna pakai strategi pengangkutan barang menggunakan kereta api untuk meningkatkan ekonomi.
Mengulas lanjut mengenai pentingnya projek infrastruktur yang baik, beliau berkata projek kereta api berkelajuan tinggi harus fokus pada pencapaian pembangunan yang sama antara kawasan luar bandar dan bandar sejajar dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Beliau berkata pandemik ini telah membawa masyarakat kepada gaya hidup norma baharu iaitu bekerja dari rumah dan memanfaatkan ekonomi digital dengan mana hampir semua pekerjaan beroperasi secara dalam talian, justeru, mampu mengurangkan pergerakan.
"Keperluan untuk pergerakan penumpang juga dapat dikurangkan tetapi lebih kepada ekonomi digital dan perniagaan dalam talian kerana barangan dapat diakses menerusi pasaran bukan tradisional," katanya.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengkaji semula semua projek pembinaan di seluruh negara, terutamanya yang belum dimulakan.
Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan mengkaji semua projek, terutama yang belum dimulakan tetapi sudah mempunyai peruntukan.
Sementara itu, mengenai bantuan tunai melalui pelbagai pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Aida berkata pakej-pakej ini pasti akan membantu meningkatkan ekonomi, bergantung kepada peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang pelbagai antara negeri.
"Bantuan tunai untuk mereka yang berada di fasa satu sangat diperlukan untuk menampung perbelanjaan asas tetapi bagi mereka yang telah memasuki fasa dua dan seterusnya, bantuan tunai adalah penting bagi ekonomi tempatan kerana ia meningkatkan kuasa membeli rakyat.
"Orang ramai cenderung berbelanja banyak dan kegiatan ekonomi akan bertambah sekiranya ada permintaan yang lebih tinggi. Sehubungan itu, bantuan tunai untuk golongan yang berada pada fasa dua dan ke atas akan memberi kesan positif kepada keseluruhan rantaian bekalan," jelasnya.
Menyentuh mengenai Belanjawan 2022 yang akan datang, Aida percaya kerajaan akan menekankan kepada meningkatkan ekonomi digital dan terus mengembangkan sektor ini, seiring dengan pola pembelian oleh pengguna.
"Kita perlukan banyak sumber untuk mengembangkan bidang ini termasuk memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
![Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623238604_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Pakar berpendapat, tiga sektor utama yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik adalah pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
![Presiden Xi Jinping adakan lawatan ke Jiangxi Presiden Xi Jinping adakan lawatan ke Jiangxi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642430633_XiJinping.jpg)
Presiden Xi Jinping adakan lawatan ke Jiangxi
Presiden Xi Jinping berkata keutamaan ekologi perlu ditekankan dalam pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze.
![Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689779451_TBpenang.jpg)
Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis
Abdul Rais berkata, isu yang dibangkitkan oleh penduduk perlu diambil berat khususnya membabitkan kualiti hidup.
![PM minta PBT beri perhatian pembangunan bandar seimbang PM minta PBT beri perhatian pembangunan bandar seimbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678336156_FestivalTamanKuala.jpg)
PM minta PBT beri perhatian pembangunan bandar seimbang
Keadaan agak 'tenat' kerana perancangan bandar sebelum ini mempunyai kelemahan dengan menjurus kepada pembangunan semata-mata.
![Pelbagai projek pembangunan mega menanti penduduk Padang Besar - Zahidi Pelbagai projek pembangunan mega menanti penduduk Padang Besar - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646673954_ZahidiZainulAbidin.jpg)
Pelbagai projek pembangunan mega menanti penduduk Padang Besar - Zahidi
Antara projek sedang dan akan dilakukan adalah projek Perlis Inland Port (PIP), Tank Farm minyak dan gas, serta Hospital Digital Padang Besar.
![PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659867196_TBISMAILSABRIMIRI.jpg)
PM umum dua lagi projek mega buat Sarawak, pemangkin ekonomi di kawasan utara
Dua lagi projek mega diumumkan di Sarawak petang dengan fokus pada kali ini adalah untuk kawasan di utara negeri itu.
![Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656320062_MustapaMohamed.jpg)
Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.
![Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652366763_DebatAnwarNajib.jpg)
Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan BN zaman beliau mengambil pendekatan wujudkan projek mega, bagi menghasilkan peluang pekerjaan.
![Lim Guan Eng gembira majlis pemeteraian MoU projek mega disaksi PM Malaysia, China Lim Guan Eng gembira majlis pemeteraian MoU projek mega disaksi PM Malaysia, China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639558975_LimGuanEng.jpg)
Lim Guan Eng gembira majlis pemeteraian MoU projek mega disaksi PM Malaysia, China
CZBUCG merupakan syarikat usaha sama dengan BUCG yang telah dilantik bagi menjalankan projek tersebut.
![Kerajaan pantau 92 projek sakit seluruh negara - Mustapa Kerajaan pantau 92 projek sakit seluruh negara - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644650873_TBTokPa.jpg)
Kerajaan pantau 92 projek "sakit" seluruh negara - Mustapa
Kerajaan sedang memantau 92 projek 'sakit' di seluruh negara yang berlaku kelewatan melebihi waktu ditetapkan iaitu dalam tempoh dua bulan atau 20 peratus berbanding jadual pelaksanaan.
![Sasaran pragmatik dalam RMK-12 mampu dicapai Sasaran pragmatik dalam RMK-12 mampu dicapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632882730_TanSriMohdZukiAl.jpg)
Sasaran pragmatik dalam RMK-12 mampu dicapai
Langkah itu mengambil kira kekangan kewangan kerajaan dalam melindungi kehidupan serta memajukan ekonomi susulan pandemik COVID-19.