KUALA LUMPUR: Pembangkang menggesa agar kerajaan menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) fasa enam susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan segera itu perlu diambil bagi memastikan negara tidak berdepan kerugian sebanyak RM500 juta sekiranya projek tersebut diteruskan.
Ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, projek perolehan LCS sebelum ini yang menelan kos sekitar RM6 bilion tidak membuahkan sebarang hasil setakat ini.
"Saya gesa dan tuntut kerajaan untuk fasa (LCS) berikutnya yang belum dilaksanakan (kira-kira) setengah bilion ringgit mesti dihentikan.
"Kalau nak semak, semak kemudian... Ini sudah belanja RM6 bilion, ke mana wang itu tidak tahu? Jadi yang setengah bilion ini saya tekankan harus dimanfaatkan oleh golongan berpendapatan rendah terutamanya pesara, dan veteran tentera yang sekarang membuat tuntutan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) dan kerajaan.
"... Jawapan kerajaan wang tidak ada. Saya beritahu, jawapannya RM500 juta sedia ada dan (boleh) dibelanjakan untuk rakyat yang memerlukan," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, hari ini.
Terdahulu, PAC mendedahkan sembilan rumusan hasil sembilan prosiding ke atas siasatan berhubung projek pembekalan LCS, yang dijalankan sejak 18 November 2020 sehingga 8 Mac lalu.
Rumusan itu antaranya mendedahkan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak menggunakan sepenuhnya bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk projek tersebut, menyebabkan syarikat BNS menghadapi 'cost overrun' sebanyak RM1.4005 bilion.
Selain itu, kontrak projek LCS diberikan secara rundingan terus kepada BNS, dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada satu kapal LCS yang disiapkan berbanding lima buah kapal yang perlu diserahkan setakat Ogos ini.
Mengulas lanjut, Anwar menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Mindef kerana didakwa terdapat unsur rasuah dalam perolehan kapal tersebut.
"Negara tidak boleh terus dengan skandal, ambil sahaja projek besar ada skandal... ambil projek luar sahaja ada skandal, ini apa punya negara ni?
"... Muntah kedarah duit rakyat begini dan menteri bagi jawapan (masih) dalam siasatan. Berapa lama dalam siasatan? Macam mana negara yang terhimpit dengan keadaan ekonomi mengizinkan ini berlalu," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Aug 04 2022

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan segera itu perlu diambil bagi memastikan negara tidak berdepan kerugian sebanyak RM500 juta lagi sekiranya projek tersebut diteruskan - Foto/fail

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.