PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan kerana disyaki menjadi orang tengah bagi pengagihan projek-projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, melibatkan dana RM92.5 bilion.
Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, pada Jumaat.
Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam Khamis.
SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan yang difokuskan kepada dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion di bawah program rangsangan dan pemulihan ekonomi.
Sumber itu berkata, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperolehi projek-projek bernilai antara RM50 juta dan RM500 juta secara runding terus.
“Hampir 90 peratus daripada projek yang diberikan adalah secara rundingan terus dan masih belum dilaksanakan kerana tiada pengeluaran surat setuju terima lagi.
"Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus," katanya, di sini, pada Jumaat.
Menurut sumber lagi, suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.
Berdasarkan keterangan beberapa kontraktor yang disoal siasat, mereka mengaku membayar komisyen sebanyak tiga hingga lima peratus.
Menurut sumber, wang itu dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi di sini, pada Jumaat mengesahkan penahanan tersebut.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Umavathi Ramayah
Fri Jan 06 2023

Suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada Khamis. - Foto SPRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

23 maut kebakaran kilang, CEO syarikat bateri Korea Selatan ditahan
CEO syarikat pengeluar bateri Aricell Korea Selatan, ditangkap atas dakwaan pelanggaran keselamatan berikutan kebakaran besar di satu daripada kilang syarikat itu yang meragut 23 nyawa.

Projek kerajaan: CEO syarikat swasta ditahan jadi orang tengah dana RM92.5 bilion
Suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.

Penjana Kerjaya: CEO, pengarah syarikat ditahan
Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan penyelewangan dana RM100 juta.