KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pengangkutan mentadbir kontrak projek Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre (KL ATCC) secara hibrid tidak menjamin kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara dan melanggar peraturan kewangan yang berkuat kuasa, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 1 yang dikeluarkan Rabu.
Menurut laporan itu kelemahan berkenaan menyebabkan kerajaan menanggung kos yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh kontraktor dan perunding serta bayaran dibuat sebelum perkhidmatan dilaksanakan.
"Projek didapati tidak diuruskan dengan cekap dapat dilihat dalam kelemahan pengurusan EOT (extension of time), penyelenggaraan dan program ICP (program kolaborasi industri)," kata LKAN.
Laporan itu berkata pengauditan juga mendapati kelemahan dalam aspek keselamatan fizikal bangunan serta sistem yang boleh memberi risiko pencerobohan fizikal dan sistem jika tidak ditambah baik dengan segera.
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan, laporan itu mengesyorkan supaya Kementerian Pengangkutan menyemak semula semua syarat kontrak untuk memastikan kepentingan kerajaan terpelihara.
"MOT (Kementerian Pengangkutan) dan CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia) perlu memastikan kontraktor melaksanakan semua skop perkhidmatan penyelenggaraan dengan sempurna dan mengenakan penalti/denda yang sepatutnya," kata LKAN itu.
Laporan itu turut menyarankan supaya Kementerian Pengangkutan menyegerakan proses pewartaan KL ATCC baharu sebagai KLTL (kawasan larangan dan tempat larangan) supaya kawasan tersebut dilindungi sepenuhnya selaras dengan fungsinya yang sangat penting dalam penerbangan awam negara.
"Selain itu Kementerian Pengangkutan dan TDA (Technology Depository Agency Berhad di bawah Kementerian Kewangan) perlu memastikan pelaksanaan ICP berjalan seperti yang dirancang dan objektif pelaksanaannya tercapai seperti hasrat kerajaan," kata LKAN.
Laporan berkenaan berkata KL ATCC baharu yang mula beroperasi 31 Ogos 2021 siap selepas lima lanjutan masa melibatkan 898 hari atau lebih dua tahun.
Rumusan LKAN turut menambah bagi aspek keberhasilan projek, penilaian masih belum dapat dibuat sepenuhnya kerana bilangan trafik udara yang rendah pada masa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

KL ATCC baharu yang mula beroperasi 31 Ogos 2021 siap selepas lima lanjutan masa melibatkan 898 hari atau lebih dua tahun. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Projek KL ATCC tidak diuruskan dengan cekap - Audit
Ia menyebabkan kerajaan menanggung kos yang sepatutnya ditanggung oleh kontraktor dan perunding.