Kerajaan pusat akan meneruskan Projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, kata Perdana Menteri hari ini.
"Sukacita saya mengesahkan kerajaan pusat akan meneruskan projek ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada perasmian pembangunan hartanah Forest City di sini.
Projek pembangunan hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Tahun lepas, kerajaan mengumumkan Malaysia meluluskan projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baru (EDTP) itu kepada China Railway.
Landasan itu akan melengkapkan rangkaian landasan berkembar elektrik sehingga ke Padang Besar (Perlis).
Pada masa ini rangkaian kereta api di Malaysia sepanjang 1,641.4 kilometer, dengan 46 peratus membabitkan trek berkembar elektrik.
Penyiapan EDTP Gemas-JB pada 2020 akan meningkatkan rangkaian kereta api elektrik kepada 58 peratus, katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata pelan-pelan pembangunan yang giat dijalankan dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam menjayakan pembangunan inklusif, tentunya merangsang pembangunan ekonomi negeri dengan lebih pesat lagi.
Malah, tahun ini menyaksikan Johor terus bergerak maju menjadi satu lagi hab ekonomi terpenting selepas Lembah Klang, terutama kerancakan dalam sektor terpilih seperti petroleum dan gas di Pengerang, katanya.
Najib berkata Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang atau PIPC, dengan pelaburan fasa pertama melibatkan pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang oleh PETRONAS, bernilai US$27 bilion, serta Pembangunan Terminal Laut Dalam Pengerang oleh kumpulan Dialog-Royal Vopak-State Secretary Johor (Incorporated) bernilai RM9 bilion, berjalan seperti yang kita rencanakan, sekali pun ekonomi dunia hari ini tidak menentu.
Bernama
Sun Mar 06 2016

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani plak sambil diperhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika merasmikan Forest City Pulau Satu, Iskandar Puteri, Johor pada 6 Mac. - Foto BERNAMA
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Kerja pembinaan landasan berkembar elektrik Gemas-JB mula November
Kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (EDTP) yang dijangka menelan kos RM7.13 bilion akan bermula bulan depan.

Projek landasan berkembar Gemas-Johor akan diteruskan - Najib
Projek pembangunan hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.