KUALA LUMPUR: Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang berikutan penutupan jalan bagi memberi laluan kerja-kerja berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan SS7/26 berhampiran Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor.
Kontraktor projek, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang penutupan itu pemandu dari Jalan SS7/26 menghala ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dilencongkan ke lorong bertentangan Jalan SS7/26 menghala ke Paradigm Mall melalui laluan kontra dan kemudian kembali ke Jalan SS7/26 (arah LDP).
"Satu lorong akan disediakan untuk pemandu dari LDP menghala Paradigm Mall. Lencongan ini dilakukan berikutan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang, dan dibangunkan selari dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sekali gus menjadi ciri utama dalam memperluaskan kesalinghubungan rel ke Koridor Barat GKL/KV
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 iaitu 1 800 18 2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum), atau layari www.lrt3.com.my atau ikuti laman X @myLRT3.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang. - Gambar hiasan

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

LRT3 mula beroperasi suku ketiga 2025 - Anthony Loke
Anthony Loke berkata, kerja-kerja fizikal dan penstrukturan sudah mencecah 95 peratus dan dijangka siap pada Oktober ini.

Projek LRT3: Lencongan sementara di Jalan SS7/25 sehingga 7 Okt
Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang.

Penilaian Cadangan Konsep HSR KL-Singapura dijangka ambil masa dua bulan
Penilaian tujuh Cadangan Konsep daripada firma yang berminat untuk terlibat dalam projek HSR KL-Singapura dijangka mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan.

Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.

Pembinaan lima stesen LRT3 dijangka dilaksana mula 2027 - Loke
Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini dijangka bermula pada 2027.

Peruntukan RM4.7 billion bakal beri manfaat dua juta pengguna LRT3
Peruntukan RM4.7 billion untuk menaik taraf projek LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan juga sistem sokongan bakal memberi manfaat kepada dua juta pengguna pengangkutan awam itu.

LRT3 mula beroperasi 1 Mac 2025 - Anthony Loke
Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijangka mula beroperasi pada 1 Mac 2025 akan memberi manfaat kepada dua juta penduduk, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).

Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.