MELAKA: Projek menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian termasuk sawah padi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang bagi fasa kedua melibatkan peruntukan RM29.4 juta akan dilaksanakan pada September depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan berkenaan akan dilaksanakan Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan bekalan air di kawasan tanaman pertanian DUN berkenaan mencukupi terutama ketika musim panas yang panjang.
"Setakat ini, proses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan bagi kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian tersebut sedang dijalankan dan dijangka selesai Julai tahun ini.
"Projek menaik taraf sistem pengairan fasa kedua akan bermula September tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pesawah belia di Batang Tiga di sini pada Rabu.
Beliau berkata secara keseluruhan projek menaik taraf sistem pengairan kawasan pertanian di DUN berkenaan terbahagi kepada tiga fasa dengan fasa pertama melibatkan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan pada 2017.
Katanya pelaksanaan projek fasa kedua itu diharap dapat meningkatkan pengeluaran tanaman khususnya padi daripada dua kali setahun kepada lima kali dalam tempoh dua tahun sekali gus dapat menjamin sekuriti bekalan makanan negara.
Sementara itu, Lim berkata golongan pesawah padi atau petani belia diminta memanfaatkan pelbagai bantuan, insentif atau geran yang disediakan kerajaan antaranya di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Program Agropreneur Muda.
"Di bawah Program Agropreneur Muda, bantuan yang diberikan melibatkan beberapa sektor utama seperti tanaman, perikanan, penternakan serta industri makanan lain dan pemohon adalah berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya.
Lim turut menyampaikan sumbangan sebuah pam air bernilai hampir RM1,000 kepada Mohd Zubir Muhamat, 27, bagi membantunya menjalankan aktiviti penanaman padi di tanah miliknya seluas 2.02 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
![Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658283199_SenatorDatukLimB.jpg)
Lim Ban Hong berkata projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi. - Foto fail/BERNAMA
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada
Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada.
![Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738848754_TBAZIZAHIVF.jpg)
Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
![Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738856163_pempengaruhscam.jpg)
Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615353466_shakehands.jpg)
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
![Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024 Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730974557_TBAnisRizan.jpg)
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734905152_TBBanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
![Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719580161_TBindonesia.jpg)
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
![Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717144370_TBHAFIZANJUAHIR.jpg)
Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.
![Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP - Anwar Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705334657_TBANWAR.jpg)
Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP - Anwar
Kerajaan mencari satu formula bagi menambah baik tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691316389_TBFadillahYusof.jpg)
KPK seru pekebun kecil Orang Asli Selangor sertai KPSM
KPK menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai KPSM kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.
![Koperasi bantu kukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara - Ewon Koperasi bantu kukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673717255_EwonBenedick.jpg)
Koperasi bantu kukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara - Ewon
Sebanyak 172 koperasi terlibat dalam sektor agromakanan mampu memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan negara.
![Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658283199_SenatorDatukLimB.jpg)
Projek naik taraf sistem pengairan RM29.4 juta di Klebang bermula Sept
Projek di kawasan pertanian seluas 815 hektar itu akan melibatkan seramai 191 petani termasuk 180 pesawah padi.
![Sabah berpotensi jadi penyumbang utama bekalan makanan negara - Timbalan menteri Sabah berpotensi jadi penyumbang utama bekalan makanan negara - Timbalan menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672312322_TBCHANFOONGSABAH.jpg)
Sabah berpotensi jadi penyumbang utama bekalan makanan negara - Timbalan menteri
Negeri Sabah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur selain kawasan perairan yang luas.
![Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671518859_SalahuddinAyub.jpg)
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
![MAFI, kerajaan negeri setuju kekalkan pewartaan TKPM MAFI, kerajaan negeri setuju kekalkan pewartaan TKPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662620953_RonaldKiandee.jpg)
MAFI, kerajaan negeri setuju kekalkan pewartaan TKPM
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta kerajaan negeri secara dasar bersetuju untuk mengekalkan pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
![Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657836273_TBronaldkiandee.jpg)
Pusat sehenti kuarantin di pintu masuk negara
MAFI melalui Maqis merupakan benteng utama bagi menjaga jaminan bekalan dan keselamatan makanan khususnya keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara.
![Perak tubuh jawatankuasa pantau kolam udang haram Perak tubuh jawatankuasa pantau kolam udang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655166391_Peraktubuhjawatank.jpg)
Perak tubuh jawatankuasa pantau kolam udang haram
Kerajaan negeri cuba mencari kaedah menang-menang untuk membenarkan perusahaan itu dijalankan mengikut syarat.