KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Projek Pemangkin MyDIGITAL (CPTF) akan menggunakan penyelesaian pintar seperti Lebuhraya Pintar dan Mobiliti Pintar dalam sektor pengangkutan dan logistik bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, mengurangkan kesesakan dan menyediakan pengalaman mobiliti yang lancar kepada pengguna jalan raya.
Ini kerana peningkatan pengguna jalan raya sejak kebelakangan ini memerlukan penggunaan teknologi digital bagi menguruskan aliran trafik menjadi secara berkesan, seterusnya membuka jalan kepada pembangunan lebuh raya yang lebih selamat untuk rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Pengerusi Bersama CPTF, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau berbangga melihat CPTF memainkan peranan penting dalam memacu dan menjadi pemangkin penggunaan teknologi di Malaysia dalam pelbagai sektor.
“Sememangnya wujud cabaran yang perlu diselesaikan dan CPTF akan memastikan Projek Pemangkin ini dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah berkenaan dengan dasar dan kawal selia dalam sektor-sektor utama yang menjadi tumpuan supaya laluan dapat dibuka dengan mudah dan dapat dimanfatkan oleh syarikat-syarikat lain dalam sektor berkenaan untuk terus berkembang.
"Kami telah mencadangkan beberapa siri perbincangan dan bengkel untuk mewujudkan satu rangka kerja yang boleh dilaksanakan dengan sistematik.
"Beberapa isu yang menyentuh bahagian dasar akan dikemukakan kepada Kabinet untuk perbincangan lanjut bagi memastikan penyelesaian merentasi pelbagai kementerian, sektor industri dan teknologi dapat dicapai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bermula April lalu, dua inisiatif di bawah CPTF telah dilaksanakan, iaitu teknologi dron dalam pertanian dan robot berautonomi untuk sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Sementara itu, Ahli Majlis Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) dan Pengerusi Bersama CPTF, Tan Sri Jamaludin Ibrahim optimis CPTF akan dapat menyebarluaskan penggunaan rangka kerja seumpamanya ke sektor-sektor lain dan mendorong syarikat-syarikat untuk terus berinovasi.
“Projek Pemangkin bawah MyDIGITAL adalah usaha Perkongsian Awam-Swasta (PPP) yang menyaksikan sektor swasta menerajui dan membiayai projek yang perlu dipercepatkan.
"Pengenalpastian sektor oleh CPTF adalah langkah pertama untuk mewujudkan rangka kerja yang boleh dilaksanakan. CPTF mengharapkan rangka kerja yang terbentuk ini mampu menjadi “game changer” dan menggalakkan pertumbuhan besar dalam pengangkutan dan logistik melalui teknologi.
"Kami menggalakkan sektor swasta untuk memanfaatkan platform CPTF bagi menyelesaikan cabaran projek yang dihadapi, dan menyumbang kepada aspirasi MyDIGITAL," katanya.
Astro Awani
Thu Aug 11 2022

Mustapa berbangga melihat CPTF memainkan peranan penting dalam memacu dan menjadi pemangkin penggunaan teknologi di Malaysia dalam pelbagai sektor. - BERNAMA

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT - Annuar
K-KOMM memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

#SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital
Program #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menjadi kesinambungan daripada inisiatif MyDigital bagi mempercepat pertumbuhan masyarakat celik digital di negara ini.

Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain
Kerajaan atau pihak regulator digesa untuk melihat semula mengenai pengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain ke dalam syarikat.

MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin
MyDigital merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat negara ini.

PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini
'MyDigital' dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.M