Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara holistik untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.
Perdana Menteri berkata selain kemudahan asas seperti perumahan, bekalan air dan elektrik, penduduk luar bandar termasuk kaum Orang Asli perlu disediakan dengan sumber ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tetap.
"Kita bangunkan masyarakat luar bandar hari ini, bukan hanya dengan meluluskan projek tertentu sahaja seperti membuat dewan komuniti, jalan raya dan bekalan elektrik serta air, tetapi kita lihat usaha ini mesti dilakukan secara hoslitik atau pakej.
"Maknanya kita tak boleh beri rumah sahaja, tanpa sumber ekonomi, pembangunan itu tidak lengkap, tanpa bekalan air atau bekalan air terputus-putus, ia bukan pembangunan menyeluruh," katanya.
Najib berkata demikian pada majlis penyerahan kunci rumah baharu kepada 102 penduduk Orang Asli yang menjadi peserta projek membasmi kemiskinan Agropolitan Runchang, Agropolitan Pekan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Runchang di sini, pada hari Sabtu.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John.
Najib berkata program Agropolitan Pekan di Runchang yang beliau rasmikan lima tahun lepas adalah contoh terbaik pelaksanaan kosep pembangunan secara holistik itu.
Katanya selain diberikan kemudahan rumah tiga bilik, peserta juga diberikan peluang pekerjaan menerusi projek penternakan kambing biri-biri dorper dengan pendapatan minimum RM950 sebulan.
Malah Najib, yang juga anggota Parlimen Pekan, berkata penempatan peserta juga dilengkapi dengan kemudahan awam seperti dewan masyarakat, taman permainan, gelanggang futsal, tadika dan surau.
"Program ini menyeluruh kerana selain dapat rumah yang lebih selesa dan kehidupan komuniti lebih lengkap, kita juga jamin pendapatan bulanan mereka," katanya.
"Kalau dulu pendapatan mereka tidak menentu, mungkin mengikut musim tetapi hari ini dengan projek ternakan kambing dorper ini peserta mampu meraih pendapatan RM950 sebulan," kata Najib.
Katanya jumlah pendapatan itu mampu meningkat lebih tinggi jika peserta melipat gandakan usaha dan waktu bekerja, sekali gus membolehkan mereka memggunakan pendapatan yang diperoleh untuk tabungan dan pelaburan pada masa depan.
"Kepada msyarakat Orang Asli saya berharap mereka dapat melihat peluang ini sebagai peluang terbaik untuk menjadi masyarakat di dalam arus pembangunan perdana.
"Kerajaan tidak mahu Orang Asli terasing atau ketersampingan daripada mendapat faedah pembangunan negara, lebih-lebih orang Asli adalah penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN)" katanya.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian kenaikan elaun sebanyak 12 peratus kepada peserta Agropolitan Pekan, menjadikan jumlah pendapatan yang diterima sebanyak RM1,064 sebulan dan sumbangan khas RM200 untuk satu keluarga bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak peserta.
Dalam masa yang sama, Najib turut menyeru masyarakat Orang Asli supaya memastikan anak-anak mereka menamatkan persekolahan untuk menjamin masa depan yang cerah.
Projek Agropolitan Pekan di Runchang merupakan tapak agropolitan yang pertama dilaksanakan oleh pihak ECERDC di ECER bermula dengan penyertaan sebanyak 30 Orang Asli tempatan.
Projek tersebut kini menyaksikan penglibatan sebanyak 102 peserta dengan penternakan biri-biri dorper sebagai aktiviti ekonomi mereka.
Projek agropolitan itu dijangka akan menjadi hab penternakan biri-biri dorper terbesar di Asia Tenggara dengan anggaran jumlah ternakan mencecah 25,000 biri-biri menjelang tahun 2020.
Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan sijil pelajar harapan kepada anak-anak Orang Asli Agropolitan Pekan serta Sijil Amalan Baik Pertanian Malaysia (MyGAP).
Bernama
Sun Dec 07 2014

NAJIB: Projek pembangunan luar bandar dilaksana secara holistik.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu