SHAH ALAM: Banjir kilat di Kampung Budiman di sini semalam yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.
Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ASP Syed Azizi Jamallulail Syed Abdul Aziz berkata banjir setinggi kira-kira satu meter itu bagaimanapun telah surut hari ini.
Beliau berkata kebanyakan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al Falah di kampung berkenaan sudah pulang ke rumah masing-masing bagi melakukan pembersihan.
"Punca banjir ini mungkin akibat terdapat kawasan tadahan air yang cetek dan kerja-kerja pembinaan di kawasan sekeliling kampung ini yang turut menyebabkan banjir lumpur.
"Sebelum ini, Kampung Budiman jarang berlaku banjir dan tidak seteruk ini. Semalam air naik dengan cepat hanya selepas beberapa jam hujan lebat," katanya kepada pemberita di PPS berkenaan hari ini.
Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 40 orang daripada 12 keluarga berlindung di PPS tersebut manakala lima orang daripada dua keluarga diasingkan di Dewan Orang Ramai Kampung Budiman kerana positif COVID-19.
Tinjauan Bernama di sekitar Pekan Meru, Klang yang terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Budiman tengah hari tadi mendapati beberapa kawasan masih digenangi air sedalam kira-kira 0.15 meter.
Nonarita Mohamed, 40, yang ditemui di kediaman ibu bapanya di Persiaran Hamzah Alang, Meru berkata berkata 'air termenung' itu adalah kejadian tahunan yang dialami sejak lebih 30 tahun lepas dan kebiasaannya mengambil masa selama seminggu untuk surut.
"Saya bersyukur banjir kali ini tidak seteruk tahun lepas, namun saya masih gusar dengan keadaan cuaca sekarang dan akan membawa ibu bapa saya tinggal dengan saya di Taman Meru Jaya sehingga banjir surut sepenuhnya," katanya.
Menurut laman web InfoBencanaJKM, tiga PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia dan PPS SK Binjai, Meru di Kapar dalam daerah Klang serta PPS Masjid Al Falah Kampung Budiman di daerah Petaling dibuka bagi menempatkan 669 mangsa banjir setakat tengah hari tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022

Setakat 12 tengah hari, seramai 40 orang daripada 12 keluarga berlindung di PPS manakala lima orang daripada dua keluarga diasingkan di Dewan Orang Ramai Kampung Budiman kerana positif COVID-19. - Gambar/ Bernama

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Banjir kilat di Shah Alam sebab sistem pam tidak berfungsi
Sistem pam tidak berfungsi antara punca beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 Shah Alam mengalami banjir kilat dalam kejadian pada petang Rabu.

Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman
Banjir kilat di Kampung Budiman yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.

200 rumah terjejas banjir kilat di Klang, lapan mangsa diselamatkan
Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.

PKTK Taman Sri Muda ditubuhkan bagi persediaan banjir
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, bagi menguruskan segala kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.

Plaza Tol Shah Alam ditutup sepenuhnya akibat banjir - PLUS
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai 2 petang hari ini, akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas.