KOTA BHARU: Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata antara projek berkenaan ialah pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang dijangka siap pada 2025.
"Menerusi perbincangan hari ini, ECERDC menyatakan sedaya upaya memastikan kesemua projek dilaksanakan akan dapat disempurnakan mengikut jadual dan kesemua projek penting kendalian ECERDC di negeri ini tidak tergantung.
"Projek-projek ini tetap dilaksanakan tetapi mungkin mengalami kelewatan termasuk lebuh raya CSR yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat dan Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur Mohamad Ahmad Shazly Ramli.
Ahmad berkata kerajaan Kelantan juga memberi perhatian terhadap projek pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau meskipun ia bukan projek pembangunan di bawah ECERDC.
"Kita akan berusaha memastikan pembinaan kompleks sukan itu berjaya disiapkan dan boleh digunakan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2026," katanya.
Sementara itu, Baidzawi berkata setakat ini ECERDC sudah berjaya menarik nilai pelaburan sebanyak RM20.5 bilion untuk kebaikan rakyat Kelantan.
"Bagi tahun ini, kita jangka ECERDC akan mencapai nilai pelaburan komited sebanyak RM3 bilion yang akan membolehkan kita menyediakan sebanyak 3,250 peluang pekerjaan.
"Setakat Februari lepas, kita mampu mencapai RM1.1 bilion dalam pelaburan komited dan yakin ECERDC akan dapat mencapai sasaran pelaburan untuk tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (kiri) menyampaikan sijil kepada penerima pada Program Reskilling dan Upskilling 2022 sempena Majlis Pelancaran Program Yayasan Petronas Empower ECER Akademik di Kota Bharu hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Projek penting di bawah ECERDC diteruskan - MB Kelantan
Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER
Ia berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia.

ECERDC menerajui pembangunan industri kenderaan rekreasi, RV di Malaysia
ECERDC kini menerajui pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) serta karavan di Malaysia, dengan memanfaatkan pertumbuhan global industri tersebut selepas pandemik.

ECRL: Terengganu masih runding jajaran baharu, jumlah stesen
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata majlis pelancaran ECRL dijangka berlangsung pada 26 Julai ini di Dungun.

Terengganu raih pelaburan bernilai RM29.4 bilion, jana lebih 30,000 peluang kerja
Terengganu meraih pelaburan domestik dan asing bernilai RM29.4 bilion bagi tempoh antara 2007 dan 2016, yang kemudiannya menjana lebih 30,000 peluang pekerjaan baharu.