KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk melaksana projek rintis Dasar Gaji Progresif sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata kementerian itu akan membuat penilaian dan pelarasan bagi perkara berkaitan pelaksanaan projek rintis tersebut termasuk prosedur pendaftaran selain mendapatkan maklum balas peserta dan pemegang taruh pada September ini.
"... hasrat kita adalah untuk meneruskan Dasar Gaji Progresif ini sebagai antara mekanisme bagi menambah baik kadar upah atau gaji pekerja di Malaysia.
"Meskipun (projek rintis Dasar Gaji Progresif) ini dihentikan, kadar (gaji) yang telah ditetapkan dalam syarat itu adalah kadar yang munasabah dan memang boleh ditanggung tetapi paling penting, kita nak lihat kepada kejayaan dasar ini sebagai antara usaha untuk meningkatkan gaji pekerja," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif di sini hari ini.
Projek rintis itu dijalankan sebelum Dasar Gaji Progresif, yang menyasarkan peningkatan gaji dan pengagihan pendapatan lebih seimbang, dilaksanakan secara menyeluruh.
Dasar Gaji Progresif dilaksanakan sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan bagi mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja selari peningkatan produktiviti.
Kerajaan menyasarkan pembabitan 1,000 syarikat dalam projek rintis ini meliputi lima sektor iaitu pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit serta pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.
Sim berkata setakat ini, kira-kira 500 majikan telah mendaftar dan memohon menyertai projek rintis itu sejak pendaftaran dibuka pada 1 Jun lepas manakala keputusan selepas penilaian dalaman oleh kementerian kepada majikan bagi menyertai projek itu akan diberikan dalam masa terdekat.
Berdasarkan data statistik majikan berdaftar melalui Portal ASSIST PERKESO hingga 29 Mei 2024, sebanyak 290,659 majikan layak memohon insentif tunai melalui Dasar Gaji Progresif dengan anggaran 6,335,971 pekerja sektor formal menerima gaji antara RM1,500 dan RM4,999 sebulan.
Ditanya mengenai pemberian subsidi kepada majikan yang menyertai projek itu, Sim berkata mereka perlu memahami subsidi yang diberikan bukan penyelesaian jangka panjang bagi isu gaji sebaliknya bertujuan membantu syarikat menjadi lebih berdaya saing.
"Kita memberikan subsidi atau bantuan untuk membantu industri perusahaan kecil dan sederhana kita berkembang lebih maju.
"Bila dia dapat tawarkan gaji yang lebih tinggi melalui subsidi Dasar Gaji Progresif maka dia akan dapat pekerja yang lebih kompeten, mahir dan cekap dengan kadar produktiviti lebih tinggi, dengan itu perniagaannya akan berkembang serta mampu terus mewujud dan memberikan peluang pekerjaan dengan gaji kompetitif walaupun tanpa subsidi," katanya.
Majikan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut termasuk garis panduan penuh pelaksanaan dan mendaftar bagi memanfaatkan insentif itu boleh melayari laman sesawang https://www.gajiprogresif.gov.my/.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Menurut Steven Sim, hasrat KSM adalah untuk meneruskan Dasar Gaji Progresif ini sebagai antara mekanisme bagi menambah baik kadar upah atau gaji pekerja di Malaysia. - Gambar fail
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.
PRK Ayer Kuning: Notis telah dihantar ke SPR - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.

Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.

Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.

KDN terima maklum balas berkaitan penggunaan kamera badan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima maklum balas baik berhubung projek rintis penggunaan kamera badan terhadap sebilangan pegawai dan anggota dalam pasukan keselamatan itu.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

MyDIGITAL Corp, Bursa Malaysia meterai MoC pacu inovasi menerusi transformasi digital
MyDIGITAL Corp dan Bursa Malaysia Bhd memeterai MMoC bertujuan memperkasakan PLC di Malaysia untuk mencapai matlamat ESG masing-masing melalui penggunaan teknologi digital.

KBS lakukan reformasi pentadbiran sukan tahun hadapan, mahu libatkan bekas atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan reformasi pentadbiran sukan melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bermula tahun depan.