IPOH: Memorandum persefahaman (MoU) Kajian Lanjutan Projek Rintis Gugusan Manjoi merupakan antara usaha kerajaan negeri mengenal pasti kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan di bandar raya ini.
Ia bukan sahaja merangkumi Gugusan Manjoi yang selama ini diketahui sebagai perkampungan Melayu terbesar di Malaysia, bahkan meliputi kawasan lain di bandar raya Ipoh.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, MoU di antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu adalah sebagai usaha memulihara khazanah yang bernilai di kawasan tersebut.
"Sebelum ini memang ada yang berpandangan sesetengah tempat itu perlu dikekalkan tetapi kita belum ada berdasarkan kajian.
"Justeru usaha yang dilakukan oleh MBI ini akan membantu kita membuat keputusan tepat, di mana produk yang boleh diketengahkan dan pulihara.
"Bukan sahaja sebagai kawasan tarikan pelancongan tetapi lebih penting untuk kekalkan sebagai warisan dan budaya untuk anak bangsa di masa depan," katanya.
Nolee Ashilin bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas sesi MoU tersebut dan MoU Kajian Sejarah dan Morfologi Bandar Serta Penempatan Awal Masyarakat Melayu di Bandar Ipoh, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Prof. Madya Anas Md. Yusof serta Ahli Majlis MBI.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada pembangunan di kampung Melayu terbesar itu seiring dengan keperluan semasa, Nolee Ashilin berkata pihaknya sentiasa peka dengan status tersebut.
"Selepas kita dapat keputusan daripada kajian itu, ia akan dinilai dan dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk keputusan.
"Setelah itu baru kita buat perancangan untuk bangunkan kawasan terpilih.
"Gugusan Manjoi memang kita peka dan iktiraf ia sebagai kawasan Melayu terbesar di Malaysia. MBI juga memang berikan penekanan dari sudut pembangunan di situ, bersesuaian dengan status di situ.
"Kajian ini memperkukuh lagi lokasi warisan di kawasan pentadbiran MBI, bukan sahaja di Gugusan Manjoi tetapi merangkumi bandar raya Ipoh,"katanya lagi.
Terdahulu, dalam majlis itu turut diadakan pelancaran Kajian Sejarah dan Morfologi Bandar Serta Petempatan Awal Masyarakat Melayu di Bandaraya Ipoh.
Kajian itu dijalankan oleh lima orang penyelidik, iaitu tiga dari UniKL Royal College of Medicine Perak, seorang penyelidik bebas dan seorang dari UiTM Puncak Alam, Selangor.
Aida Aziz
Fri Sep 30 2022
Rumaizi dan Prof. Madya Anas menunjukkan MoU yang ditandatangani. - Foto Astro AWANI
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Projek Rintis Gugusan Manjoi, kenal pasti sejarah warisan di perkampungan Melayu terbesar Malaysia
MoU di antara MBI dan USAS itu adalah sebagai usaha memulihara khazanah yang bernilai di kawasan tersebut.