KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sejumlah 117 projek terbengkalai meliputi 30,840 unit rumah setakat 31 Jan lepas, dengan 81 daripadanya projek membabitkan rumah dengan julat harga RM300,000 ke bawah.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
"Sebanyak 13 projek pula dengan julat harga RM301,000 hingga RM500,000, lima projek bagi julat harga RM500,001 kepada RM750,000, dua projek di antara RM750,001 hingga RM1 juta dan 16 projek bagi rumah bernilai RM1 juta ke atas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan yang ingin tahu jumlah projek dan unit rumah terbengkalai mengikut julat harga.
Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung faktor lambakan rumah tidak terjual, beliau berkata isu kediaman overhang (kediaman siap tidak terjual) adalah manifestasi ketidaksepadanan dalam pasaran perumahan disebabkan oleh jurang permintaan dan penawaran rumah dalam pasaran.
Antara faktor utama menyebabkan lambakan rumah siap tapi tidak terjual adalah faktor ekonomi, misalnya wabak COVID-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pembeli selain penjualan rumah dengan harga tinggi namun permintaan rendah.
Faktor lain ialah keputusan pemaju yang kurang tepat melibatkan projek yang dibangunkan terletak di kawasan kurang strategik dan tidak mempunyai kemudahan baik serta penolakan pinjaman pembiayaan akhir pembeli oleh institusi perbankan kerana kelayakan dan keupayaan mereka.
Menjawab soalan asal Low berhubung garis masa bagi penyelesaian kajian kebolehlaksanaan vacancy tax (cukai pengosongan) untuk membantu menyelesaikan masalah hartanah kediaman tidak terjual, Aiman Athirah berkata kerajaan berpandangan belum wujud keperluan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai berkenaan.
"Kerajaan berpandangan bahawa tindakan intervensi yang dilaksanakan dalam pasaran perumahan ketika ini adalah memadai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli. -Gambar fail/Bernama
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Banjir: PBT diminta bantu NADMA kumpul maklumat kerugian premis, kediaman
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata setakat ini KPKT belum memperoleh statistik kerugian dan masih mengumpul maklumat berkaitan.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
PRR bukti komitmen kerajaan sedia perumahan berkualiti untuk B40
PRR ditambah baik dengan elemen dan skop tambahan yang memberikan nilai wang terbaik, meningkatkan nilai tambah dan kualiti unit rumah.
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.