KUALA LUMPUR:Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memfailkan saman terhadap Jepak Holdings Sdn Bhd bagi menuntut perintah supaya syarikat itu membayar lebih RM1.65 juta levi yang tertunggak kepada CIDB melibatkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.
CIDB selaku plaintif memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Hazura Yusoff & Partners pada 2 Dis lepas, dengan menamakan Jepak Holdings sebagai defendan tunggal. Pihak media memperoleh salinan dokumen itu hari ini menerusi carian dalam e-filing.
Mengikut senarai kes mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan secara dalam talian, e-Review, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Maslinda Selamat pada 18 Jan ini.
Dalam penyataan tuntutannya, CIDB berkata berdasarkan peruntukan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) 1994, plaintif berhak untuk mengenakan levi ke atas mana-mana kontraktor berdaftar sebelum bermula kerja-kerja pembinaan yang mempunyai jumlah kontrak RM500,000 dan ke atas iaitu untuk jumlah suku peratus dari jumlah harga kontrak tersebut.
Menurut CIDB, pada 10 Nov 2016, Jepak Holdings telah menerima pelantikan untuk menjalankan kerja-kerja kontrak dikenali sebagai "Cadangan Pelaksanaan Menerusi Rundingan Terus Bagi Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak” bernilai RM1.25 bilion.
Mengikut peruntukan Seksyen 34(2) Akta LPIPM dan Peraturan 7 dan 10 Peraturan-Peraturan Industri Pembinaan (Pungutan Levi) 1996, plaintif telah mengeluarkan Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi bermula dari 12 Jun 2019 bagi jumlah levi yang dikenakan berjumlah RM1,656,250.00.
"Defendan juga telah mengisytiharkan projek solar itu kepada plaintif melalui sistem dalam talian dan berikutan daripada pengisytiharan tersebut, sistem plaintif secara automatik telah menjana borang pengenaan levi kepada defendan.
"Oleh itu, defendan bertanggungjawab untuk membayar kepada plaintif bagi jumlah levi yang dikenakan berjumlah RM1,656,250.00 dan kegagalan defendan menjelaskan keseluruhan atau baki pembayaran levi bagi kontrak tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Akta LPIPM," menurut CIDB dalam penyataan tuntutannya.
Menurut plaintif, notis tuntutan bertarikh 16 Ogos 2019 telah dikeluarkan terhadap defendan bagi menuntut pembayaran jumlah levi yang masih tertunggak dan wajib dibayar oleh defendan kepada plaintif, namun sehingga kini defendan masih gagal menjelaskan pembayaran levi tersebut.
Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar pembayaran jumlah levi yang masih tertunggak berjumlah RM1,656,250.00 setakat 16 Ogos 2019, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021

CIDB selaku plaintif memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Hazura Yusoff & Partners pada 2 Dis lepas.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Fahami perjanjian pengubahsuaian rumah bagi elak jadi mangsa penipuan - CIDB
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd zaid Zakaria berkata sampel perjanjian pembinaan boleh dimuat turun daripada laman web CIDB.

Belanjawan 2024 buka peluang kontraktor kecil - CIDB
Peruntukan sebanyak RM72.7 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk pelaksaan kerja-kerja pembinaan akan membuka peluang kerja kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4).

Projek Solar: CIDB saman Jepak Holdings, tuntut bayar levi RM1.65 juta
Projek solar hibrid itu dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang dibicarakan.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

CIDB keluar 3,093 notis kepada kontraktor sejak Januari
Notis terbanyak dikeluarkan di Sarawak iaitu 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242) dan Sabah (236) manakala selebihnya di negeri lain.

Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Guna bahan lestari untuk rumah mangsa banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyarankan penggunaan panel komposit poliuretana yang ringan untuk membina rumah baharu mangsa banjir.

Lesen kontraktor masjid runtuh bakal digantung--CIDB
Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Jabatan Kerja Raya akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.