MIRI: Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selepas selesai proses itu kelak, projek itu akan dibawa untuk proses tender.
Katanya, fasa pertama projek tersebut yang bermula dari Lawas sehingga ke Pa Berunut sudahpun bermula.
"Saya telah diberikan amanah oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membantu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk memastikan pembangunan infrastruktur di Sarawak ini dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.
Fadillah berkata demikian semasa majlis Peng Lamei Ledoh Pahu Kayan 2023 yang diadakan sebagai tanda kesyukuran tamatnya musim menuai yang dianjurkan Persatuan Kayan Sarawak di sini Sabtu malam.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata bagi Fasa Dua projek Pan Borneo yang menghubungkan Miri dengan Limbang dan seterusnya Lawas dengan melalui Brunei akan dapat dilaksanakan pada penggal ini.
Menurutnya kependudukan yang jarang di kawasan terpencil di Sarawak menjadi cabaran kerana mengikut dasar rancangan pembangunan kerajaan Persekutuan, tumpuan pembangunan adalah di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat.
Ini menyebabkan kawasan tersebut ketinggalan jauh di belakang dari segi pembangunan namun kerajaan telah mulai memberikan tumpuan yang serius terhadap pembangunan di Sarawak.
Di peringkat negeri Sarawak katanya beberapa pihak berkuasa pembangunan wilayah telah ditubuhkan yang dilihat dapat melaksanakan pembangunan jalan penghubung yang dapat menghubungkan Pan Borneo dengan jalan pesisir pantai.
"Maknanya jalan-jalan balak akan dinaik taraf dan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan infrastruktur perhubungan di Sarawak ini," katanya sambil menambah bahawa setiap projek yang dilaksana tidak lari daripada berdepan pelbagai cabaran seperti jumlah kontraktor dan juga bahan binaan.
Pada masa yang sama beliau menyeru supaya pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Sarawak menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Sarawak di dalam mengadakan program yang dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran modal insan di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Fadillah berkata selepas selesai proses itu kelak, projek itu akan dibawa untuk proses tender. - Foto fail/BERNAMA

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.

Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah
Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.