PASIR MAS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengemukakan cadangan untuk melaksanakan projek tebatan banjir fasa dua membabitkan kos RM1.3 bilion di dua daerah, iaitu Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek berkenaan dijangka akan menyelesaikan masalah banjir yang melanda Pasir Mas dan Rantau Panjang yang merupakan sebahagian daripada daerah itu serta Tumpat.
Katanya projek tebatan banjir fasa dua merupakan kesinambungan kepada projek fasa satu yang sedang berjalan di Rantau Panjang membabitkan kos RM600 juta.
"Projek tebatan fasa dua berjumlah RM1.3 bilion sedang diteliti untuk mendapatkan bajet. Kalau bajet lulus isu berkaitan banjir di tiga kawasan tersebut dapat diselesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat keadaan banjir di Jajahan Pasir Mas dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Ismail Sabri berkata, projek tebatan banjir fasa dua itu merupakan kesinambungan kepada projek fasa satu yang sedang berjalan di Rantau Panjang membabitkan kos RM600 juta. - Gambar/ Bernama

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-

Usaha pencarian MH370, kaedah penentuan golongan T15 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang juga akan membincangkan keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui Budi MADANI.

Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sempurnakan projek tangani banjir demi kebaikan rakyat - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah projek menangani banjir perlu disempurnakan segera demi kebaikan rakyat.

Segerakan projek tebatan banjir di Pahang, jangan politikkan - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.

Che'gu Bard gesa siasat dakwaan rasuah tebatan banjir RM16 bilion
Chegu Bard menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.

RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.

Belanjawan 2024: 33 projek tebatan banjir dilaksana, kos RM11.8 bilion
24 projek dijangka dikeluarkan tahun ini bermula Oktober tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion, manakala bakinya akan dikeluarkan SST pada suku tahun pertama 2024.

Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Projek tebatan banjir dipercepat melalui 'fast track' tender - Anwar
Kerajaan akan mempercepatkan projek tebatan banjir termasuk di Johor dengan menggunakan kaedah 'fast track' atau pantas dalam kelulusan tender meskipun diperkenalkan sistem tender terhad.