IPOH: Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menghentikan projek unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini sekiranya didapati projek berkenaan mempunyai unsur yang membahayakan kesihatan rakyat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu hari ini.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun yakin semua proses yang terlibat tidak akan menghasilkan bahan berbahaya termasuk bahan radioaktif dengan kemahiran, panduan dan bimbingan pihak terlibat.
"Masyarakat mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat berhubung projek berkenaan selain rancangan kerajaan negeri terhadap perkara itu.
"Tetapi kami memberi jaminan sekiranya proses mengekstrak NR-REE itu ataupun proses memproses bahan-bahan baharu daripada pengekstrakan itu mendatangkan keburukan, contohnya ada sumber radioaktif, maka kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk memberhentikan projek itu sebab ia membahayakan kesihatan," katanya pada persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Koo Haai Yen (PH-Keranji) yang mahu tahu pelan kerajaan negeri untuk menguruskan bahan radioaktif yang dikerahkan dalam proses pemprosesan NR-REE.
Dalam pada itu, Saarani (BN-Kota Tampan) memberi jaminan apabila suatu projek rintis dilakukan di sesuatu kawasan, kerajaan negeri telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kementerian berkaitan selain audit dilakukan bagi memastikan usaha berkenaan mematuhi segala ketetapan.
Beliau berkata pengoperasian projek rintis berkenaan oleh operator lantikan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak iaitu syarikat MCRE Resources Sdn Bhd hanya dimulakan setelah mendapat pelbagai kelulusan daripada agensi teknikal berkaitan antaranya laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP).
"Semua ini (ketetapan) dipatuhi dan setelah pihak kementerian berpuas hati, audit telah berpuas hati, barulah kita boleh buka ruang supaya projek ini akan dapat diteruskan kerana seluruh negara, negeri-negeri lain yang mempunyai sumber yang sama sedang menanti apa hasil daripada projek rintis di negeri Perak ini.
"Insya-Allah kami sentiasa berhati-hati dan saya beri jaminan jika ia mendatangkan kemudaratan, kami lebih mengutamakan kesihatan dan dan nyawa rakyat negeri Perak berbanding dengan hasil ini," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Razman Zakaria (PN-Gunong Semanggol) yenag meminta penjelasan berkenaan sisa arsenik daripada aktiviti perlombongan di Hulu Perak yang mencemarkan Sungai Rui.
Sementara itu, Saarani menjelaskan perlombongan NR-REE di Gerik tidak menghasilkan bahan radioaktif kerana tahap kepekatan radioaktiviti semula jadinya tidak melebihi 1.0 Bq (Becquerel)/g atau masing-masing 246.5 ppm (parts per million) torium atau 80.9 ppm uranium atau 10 Bq/g kalium.
Beliau berkata angka tersebut adalah penetapan di bawah Jadual Kedua, Peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011.
Selain itu, Saarani berkata kerajaan negeri komited mewujudkan pusat pemprosesan NR-REE di Perak sebagai aktiviti industri hiliran bagi menghasilkan semi produk dan produk akhir yang lebih bernilai tinggi jika dibandingkan dengan produk mentah NR-REE.
"Hasrat ini telah pun dizahirkan kepada kerajaan Persekutuan yang tiga lokasi strategik boleh ditawarkan pada bila-bila masa kepada kerajaan Persekutuan memandangkan tapak-tapak berkenaan adalah berstatus tanah kerajaan dan juga tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri," katanya.
Menurutnya tiga lokasi berkenaan ialah Muallim; Bandariang, Hulu Perak dan Silver Valley Technology Park, Kanthan, Kinta.
Beliau menjawab soalan asal Goh See Hua (PH-Pasir Pinji) yang mahu tahu berkenaan pelombongan lantanid di Gerik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Saarani yakin semua proses yang terlibat tidak akan menghasilkan bahan berbahaya termasuk radioaktif dengan kemahiran, panduan dan bimbingan pihak terlibat. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.
Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.