Taktik sindiket perjudian dalam talian yang mempromosi serta menawarkan permainan judi menerusi aplikasi TikTok dan WeChat terbongkar, susulan penahanan 26 warga China di sebuah premis di Seri Kembangan di sini, semalam.
Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata dalam serbuan kira-kira 11 malam itu, 24 lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun berkenaan, didapati terlibat dalam aktiviti pertaruhan dan promosi judi dalam talian serta loteri awam menggunakan dua aplikasi tersebut.
"Mereka ini memperdayakan kaki judi di China dengan mengatakan peluang untuk menang adalah tinggi dan pelanggan perlu mencuba nasib," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama tiga bulan dan setiap transaksi perjudian hanya menggunakan mata wang Yuan.
"Hasil yang diperoleh adalah antara RM20,000 hingga RM25,000 sehari. Polis merampas pelbagai barangan seperti sembilan set komputer, tiga komputer riba serta 28 telefon bimbit," katanya.
Rohaimi berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019

Rohaimi berkata, hasil yang diperoleh sindiket itu adalah antara RM20,000 dan RM25,000 sehari. - Gambar fail
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.

KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.

Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.

Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.

Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.

Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.

Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.