Semua pihak perlu memainkan peranan memikirkan pendekatan berkesan mempromosikan kesihatan mental bagi menangani gejala sosial yang berpunca daripada penyakit itu.
Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye berkata masalah kesihatan mental juga berkaitan dengan perlakuan jenayah seperti penganiayaan kanak-kanak,pembuangan bayi malah boleh membawa kepada kes bunuh diri.
"Hari Mental Sedunia pada Rabu ini perlu dijadikan agenda nasional kepada semua pihak sama ada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun sektor swasta boleh merancang aktiviti mempromosi kesihatan mental.
"Kesihatan mental tidak hanya bermaksud pesakit yang perlu dihantar ke Tanjung Rambutan, tetapi juga melibatkan golongan yang berdepan tekanan dan depresi sehingga membawa kepada perlakuan jenayah.
"Statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini menunjukkan 29 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah mental. Walaupun tidak membimbangkan, tetapi masih perlu diberi keutamaan, seperti mana kita mempromosikan kesihatan fizikal," katanya.
Lee yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Taklimat MCPF Pahang bersama Ketua-Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) Pahang di sini, semalam.
Hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Abd Rahman.
Lee menambah Kementerian Kesihatan sebagai agensi utama dalam membendung hal itu perlu mengadakan perbincangan untuk merangka strategi atau polisi baharu bagi memastikan kejayaan kempen kesedaran penyakit berkenaan.
Pada perkembangan lain, beliau berkata MCPF memandang serius masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang terlibat kes jenayah dan berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama kepada usaha yang dilaksanakan Jabatan Imigresen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 08 2018

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 29 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah mental. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Lelaki jinjing kepala bapa selepas penggal dengan parang
Selepas membunuh bapanya, suspek cuba menamatkan riwayatnya, namun hanya cedera dan kini dirawat di hospital.

Pelakon Vivek meninggal dunia akibat serangan jantung
Pelakon popular India, Vivek yang dimasukkan ke Hospital SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung, meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan hari ini (Malaysia 7.05 pagi).

Penoreh getah warga Indonesia dikhuatiri lemas jatuh sungai
Mangsa dikenali sebagai Husen, 44 tahun, yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Akibat depresi kematian suami, balu pesakit COVID-19 nekad bunuh diri bersama dua anak
Gara-gara tidak dapat menerima kematian suami yang disebabkan COVID-19 baru-baru ini, seorang wanita cuba membunuh diri bersama dua anaknya.

Remy Ishak mengaku alami depresi, sedang 'berubat dan bakal jumpa psikiatri
Pelakon Remy Ishak akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar yang berlaku pada dirinya.
.jpg)
'Saya tidak mahu memikirkan hal ini kerana takut depresi ...' - Aiman Tino
Penyanyi Aiman Tino mengakui sedar apabila popularitinya sebagai penyanyi dalam aliran budak baru nak up (BBNU) semakin menurun berbanding rakan artis yang lain.

Promosi kesihatan mental peranan semua
Masalah kesihatan mental juga berkaitan dengan perlakuan jenayah seperti penganiayaan kanak-kanak, pembuangan bayi malah boleh membawa kepada kes bunuh diri.

Stres punca lebih ramai rakyat Malaysia alami kemurungan
Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja.

Haqiem Rusli mohon maaf, janji jumpa pakar jiwa
Penyanyi Haqiem Rusli, 20, menegaskan dia tidak menipu mengenai masalah kemurungan yang dialami sejak awal tahun ini.

Bukan gimik, Haqiem Rusli akui alami 'mild depression'
Haqiem Rusli mengakui mengalami 'mild depression' yang bermula kira-kira setahun lalu.