KUCHING: Prosedur berkaitan pemeriksaan di hospital bagi individu yang mengaku dirogol perlu ditambah baik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata mengambil kira situasi trauma yang dihadapi mangsa rogol, Kementerian Kesihatan (KKM) disaran meneliti kebenaran agar mangsa menjalani pemeriksaan di hospital tanpa membuat laporan polis.
"Cadangan kami adalah, memandangkan laporan dan kit rogol mesti dibuat dalam tempoh 72 jam, bolehkah dia (mangsa) buat pemeriksaan perubatan terlebih dahulu dan sama ada mangsa nak lapor kepada polis, itu terpulang kepada mangsa.
"Kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk putuskan (cadangan itu)," katanya dalam sidang media sempena program Sepeda Amal Borneo 2023 di sini hari ini.
Menurutnya prosedur bagi pengendalian kes disyaki menjadi mangsa rogol buat masa ini menyatakan laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu sebelum mangsa dibenarkan menjalani pemeriksaan selanjutnya.
"Kalau mangsa ke kaunter (hospital) mereka akan dirujuk kepada polis terlebih dahulu, kemudian polis akan memberi kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan perubatan kerana mereka (polis) memerlukan bukti kes," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media pada 8 Julai mengenai individu yang didakwa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di Sarawak dalam mengendali kes seorang wanita yang disyaki dirogol baru-baru ini.
Susulan itu, Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Ooi Choo Huck dalam kenyataannya memberitahu wanita berkenaan enggan membuat laporan polis dan tidak memberi kebenaran untuk penilaian selanjutnya dijalankan walaupun telah dinasihatkan oleh pegawai perubatan bertugas.
Dr Ooi berkata bagaimanapun, selepas berbincang dengan pakar perubatan kecemasan bertugas, wanita tersebut dihantar ke OSCC dan pemeriksaan meliputi pengambilan sejarah kejadian serta pemeriksaan tanda vital telah dijalankan.
Nancy berkata perkara itu merupakan salah faham antara mangsa dengan pihak hospital dan perkara itu telah diselesaikan, selain berharap kejadian sedemikian tidak berulang.
Mengenai program Sepeda Amal Borneo 2023, menteri itu berkata 20 peserta mengambil bahagian dalam acara kayuhan sejauh kira-kira 700 kilometer merentasi Sarawak selama enam hari.
Program itu diadakan untuk mengumpul dana bagi Yayasan ROSE dalam membantu menghapuskan kanser serviks yang merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia dan pertama di Sarawak.
Sempena acara itu, Yayasan ROSE turut menawarkan pemeriksaan serviks percuma melalui Program Revolusioner ROSE kepada semua wanita di lebih 10 lokasi di seluruh Sarawak bermula semalam hingga 23 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023

Nancy berkata, KKM disaran meneliti kebenaran agar mangsa menjalani pemeriksaan di hospital tanpa membuat laporan polis. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

YKN sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir di Sabah
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini menyalurkan sumbangan RM300,000 kepada kerajaan Sabah bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.

WEC 2025 bincang konsep 'caregiverpreneurship' - Nancy
Konsep 'caregiverpreneurship' akan menjadi antara topik dibincangkan semasa Persidangan Keusahawanan Wanita (WEC) 2025, pada 21 dan 22 Feb ini.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.