KUALA LUMPUR: Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Jan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.
"Kita tunggu laporan patologi untuk tentukan sama ada boleh teruskan untuk proses pendakwaan. Dari segi tatatertib, kita sudah ambil tindakan sebelum ini iaitu tahan kerja empat anggota terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program 'Back to School' di Sekolah Kebangsaan Lelaki Batu di Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum di sebuah rumah di Brickfields.
Bagaimanapun, dua daripada enam anggota terbabit dibebaskan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Allaudeen (foto) berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu. -Gambar fail/Bernama
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Proses ketum: Polis tunggu laporan patologi
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.
Kes tembak anggota TUDM: Polis sedang tunggu laporan pakar patologi - Aidi
Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi mengenai empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden tembakan di kem TUDM, Kota Samarahan.
Kes bakar tahfiz: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan
Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu selepas laporan patologi mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.