Proses pemindahan rakyat Malaysia di Mesir bergantung kepada hasil pemantauan dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab kini berada di negara bergolak itu dan keadaan di sana akan dipantau dari semasa ke semasa, sebelum sebarang keputusan dibuat.
Bagaimanapun beliau berkata kesemua 3,300 pelajar di Mesir telah dipindahkan dari kawasan panas ke lokasi lebih selamat sejak sebelum Ramadan dan dipantau pada setiap waktu.
"Jadi keputusan proses pemindahan bergantung kepada MKN sebab mereka berada di lapangan. Sekarang ini bila kita tengok Al Jazeera, CNN semua nampak teruk, tetapi bila kita pergi ke sana hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja panas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Wisma Felcra di sini hari ini.
Hishammuddin berkata penaja, agensi dan kementerian berkaitan akan menentukan jenis pengangkutan untuk membawa pulang pelajar dan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertahanan akan membuat keputusan akhir.
"Apabila dua keputusan itu telah terjawab, itu tanggungjawab kita (Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan) menentukan sama ada untuk membawa mereka pulang secara komersil, terus (ke lapangan terbang) atau gunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sekiranya lapangan terbang ditutup," kata
Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan. Ditanya sama ada pusat pemindahan masih di Jeddah seperti dilaksanakan dalam Ops Piramid sebelum ini sekiranya proses pemindahan itu dilaksanakan, beliau berkata pusat pemindahan itu tidak lagi di Jeddah, tetapi di beberapa lokasi
lain yang telah dikenal pasti dan akan diumumkan kemudian.
Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan kesemua 182 pelajar tajaan Mara di Mesir berada dalam keadaan selamat, manakala 1,481 pelajar di bawah tajaan agensi itu yang berada di tanah air kerana bercuti, diarah menangguhkan pelajaran mereka di sana.
"Setakat ini saya dapat berhubung dengan pegawai di Kaherah dan pelajar di Mansurah dan kita dimaklumkan pelajar kita di sana dalam keadaan terkawal dan saya telah mengarahkan mereka berada di tempat selamat supaya nanti nak bawa mereka pulang mudah," katanya sambil menyarankan kerajaan untuk terus membawa pulang semua pelajar Malaysia berikutan keadaan tidak menentu.
Dalam perkembangan sama, Shafie berkata kementeriannya dengan kerjasama Mara akan mengkaji negara lebih selamat dan diiktiraf pengajian tingginya dalam bidang perubatan untuk dihantar di bawah agensi itu sebagai rancangan jangka panjang.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek dan Pengerusi Felcra Datuk Bung Mokhtar Radin.
Terdahulu, Bung Mokhtar menyerahkan sumbangan Felcra berjumlah RM294,705 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
Bernama
Mon Aug 19 2013


Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Kerajaan belum umumkan kebenaran rentas negeri - Hishammuddin
Ia perlu melepasi penanda aras yang ditetapkan sebelum ini iaitu 90 peratus sebelum sebarang keputusan dibuat.

Hishammuddin hilang suara, hidung tersumbat akibat jerebu
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah jatuh sakit akibat jerebu yang melanda negara.

Hishamuddin sahkan penggantungan pesawat Airbus tentera
Menteri Pertahanan itu mengesahkan bahawa operasi Airbus A400M tentera Malaysia dihentikan sementara waktu berikutan nahas membabitkan pesawat pengangkut jenis yang sama di Seville, Sepanyol.

MH370: Pendedahan maklumat rakaman audio tidak "diubahsuai"
Tiada sebarang maklumat berkenaan dakwaan rakaman audio antara juruterbang pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dan menara trafik udara yang dikatakan telah 'diubahsuai'.

Pemulihan MAS dari "isu reputasi pasaran" ambil masa enam bulan
Proses pemulihan dari situasi yang dipanggil isu reputasi pasaran dalam insiden Pesawat MH370 akan ambil masa enam bulan untuk pulih.

Kerajaan tidak sembunyikan hasil siasatan nahas bas Genting Highlands
Kerajaan tidak akan menyembunyikan hasil siasatan nahas bas di Genting Highlands yang mengorbankan 37 penumpang pada 21 Ogos lalu.

Pengusaha pengangkutan awam akan dibantu - Hishammuddin
Perkara itu akan dilakukan menerusi pertemuan yang diadakan antara kementerian dan pengendali syarikat bas di negara ini.

Perancangan terperinci untuk gerak sepenuhnya ESSCOM, ESSZONE - Hishamuddin
Penting bagi mempertingkat keselamatan di 10 daerah di bawah ESSCOM dan ESSZONE.

Proses pemindahan rakyat Malaysia di Mesir bergantung kepada MKN
Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab kini berada di negara bergolak itu dan keadaan di sana akan dipantau dari semasa ke semasa, sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kerajaan sedia lancar Ops Piramid pada bila-bila masa - Hishamuddin
Kerajaan telah arahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara ke Mesir untuk meninjau sendiri keadaan keselamatan di sana dan akan memberikan 'isyarat' jika pemindahan perlu dilakukan.