Proses deradikalisasi ke atas banduan, terutamanya dari kalangan pengganas bergantung kepada tahap pemikiran mereka.
Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Datuk Jamaluddin Saad berkata, tahap pemikiran yang berbeza memerlukan cara pemulihan yang berlainan.
"Sama ada mereka ini golongan profesional atau tidak, amalan agama tetap sama.
"Perbezaannya hanya pada cara pemikiran dan ini yang menentukan bagaimana kami menangani perkara ini dari segi tahap proses pemulihan," jelas Jamaluddin.
Selain itu, kata Jamaluddin, pihaknya akan meneliti sejauh mana minda banduan seseorang banduan sudah dipesongkan sama ia sekadar amalan atau sehingga mampu menjalankan aktiviti keganasan.
"Pastinya, kami mempunyai cara yang berbeza untuk menangani pengikut dalam jaringan keganasan berbanding ketua," kata beliau selepas menghadiri sesi plenari pertama hari kedua Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan di Hotel Grand Hyatt hari ini.
Tambah beliau, pihaknya sentiasa berusaha menjalankan proses deradikalisasi supaya banduan yang pernah terlibat dengan keganasan akan insaf dan memilih cara yang sederhana untuk menjalani hidup mereka.
Ujarnya, ia bagi memastikan individu terlibat kembali ke kehidupan asal dan menjadi sebahagian daripada masyarakat sebaik proses pemulihan selesai.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Tue Jan 26 2016

Tahap pemikiran yang berbeza memerlukan cara pemulihan yang berlainan dalam proses pemilihan seorang pengganas. - Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Proses pemulihan pengganas bergantung kepada tahap pemikiran
Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Datuk Jamaluddin Saad berkata,tahap pemikiran yang berbeza memerlukan cara pemulihan yang berlainan.