BRUSSELS: Skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperkenalkan pada 2013, sentiasa berkembang dan bertambah baik, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Perkara itu melibatkan seperti semakan utama yang diperkenalkan tahun lepas dengan piawaian yang lebih ketat, termasuk tarikh akhir melakukan pembasmian hutan pada 31 Dis 2019, yang menepati tarikh akhir mengikut Peraturan Pembasmian Hutan di bawah Kesatuan Eropah (EU).
Lebih banyak semakan telah dibuat ke atas pengenalpastian pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan rancangan pemantauan untuk pengurangannya, pengenalan panduan baharu mengenai persetujuan bebas, terdahulu dan termaklum (FPIC), serta perlindungan bagi pembela hak asasi manusia dan pemberi maklumat.
"(Oleh itu), kami mengulangi bahawa minyak sawit Malaysia adalah mampan. MSPO sudah pun menjamin komitmen Malaysia terhadap kemampanan, dan terus menyediakan minyak sawit yang mampan dan bebas pembasmian hutan untuk pelanggan Eropah dan global kami," katanya pada majlis makan tengah hari dan sesi dialog bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) industri minyak sawit dan wakil EU.
Hadir sama ialah Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.
Fadillah berkata, kerajaan Malaysia juga sepenuhnya komited terhadap dasar utama berkaitan minyak sawit mampan.
Ini termasuk menghentikan penanaman di kawasan tanah gambut dan mengetatkan peraturan berhubung penanaman kelapa sawit sedia ada di tanah gambut, mengharamkan penukaran kawasan hutan simpan untuk penanaman kelapa sawit, dan berjanji untuk menyediakan peta perladangan sawit untuk akses orang ramai.
Selain itu, pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Glasgow (COP26), Malaysia mengumumkan sasaran pelepasan GHG bersih-sifar paling awal pada 2050.
Malaysia juga komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan hutan seperti ikrar yang dinyatakan pada Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992.
Pada masa ini, litupan hutan Malaysia adalah sebanyak 55.3 peratus.
Komitmen industri minyak sawit terhadap tindakan iklim
Menurut analisis Forest 500 oleh Global Canopy, 72 peratus syarikat minyak sawit telah membuat komitmen untuk tidak melakukan pembasmian hutan, jauh lebih tinggi berbanding komoditi lain seperti pulpa dan kertas (49 peratus), kacang soya (40 peratus), daging lembu (30 peratus) dan kulit (28 peratus).
"Walau bagaimanapun, kami memerlukan sokongan penuh daripada semua pihak di seluruh rantaian bekalan minyak sawit untuk merealisasikan matlamat bersama kami untuk mencapai keseimbangan mampan antara keperluan alam sekitar dan keperluan sosio-ekonomi, serta mendukung piawaian kemampanan dan amalan bertanggungjawab tertinggi.
"Bersama-sama, kita boleh memastikan minyak sawit kekal sebagai komoditi pilihan dalam menggalakkan pengeluaran dan penggunaan mampan. Kita sudah pasti telah melangkah jauh dan kita komited untuk meneruskan usaha ini bersama semua pihak," katanya.
Kira-kira 30 syarikat menyertai majlis makan tengah hari dan sesi dialog itu antaranya ialah Pengarah Urusan PT Sinarmas TBk, Ferry Salman; Ketua Eropah dan Afrika Sime Darby, Michael Barkhuysen; Ketua Kemampanan Cargill Eropah, Gifty Amedi; Ketua Kemampanan Wilmar bagi Eropah, Daphne Hameeteman; Pengasas Bersama dan CEO DIBIZ Pte Ltd, U.R Unnithan. - BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Fadillah Yusof (kiri) dan Airlangga Hartarto (kanan) bergambar bersama Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Josep Borrell Fontelles . - Gambar BERNAMA

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

CGS Malaysia tawar kontrak niaga hadapan kripto CME pertama di Malaysia
CGS International Futures Malaysia mengumumkan pelancaran kontrak niaga hadapan kripto CME pertama yang boleh diakses secara terbuka di Malaysia.

Tujuh inisiatif Alibaba Cloud untuk memacu agenda AI Malaysia
Alibaba Cloud memperkenalkan model, penyelesaian, dan penawaran infrastruktur kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan pada Hari Teknologi AI sulungnya di Malaysia.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.

KPKM import lebih 600,000 biji kelapa, stabilkan bekalan domestik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa yang bersamaan 661 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion
Setakat Disember 2024, 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion dikenal pasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.