SHAH ALAM: Proses pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang sebelum ini dinyahwartakan pada 2021 sudah dimuktamadkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), dua minggu lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, isu pewartaan semula tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
"Sudah (diwartakan semula) dalam MMKN dua minggu lepas. Jumlah keluasan hutan masih sama seperti sebelum ini. Pelaksanaan akan dilakukan oleh JPNS," katanya ketika mengulas perkembangan proses pewartaan semula HSKLU.
Beliau berkata demikian selepas Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini.
Penyahwartaan HSKLU sebelum ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 30 Ogos 2021.
Hee menyatakan keputusan itu dicapai semasa MMKN ke-17/2021 pada 5 Mei 2021 yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei tahun sama, dengan pihaknya memutuskan kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyahwarta di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.
Dalam perkembangan lain, Amirudin terdahulu merasmikan Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim.
Beliau berkata menerusi program tersebut, kerajaan negeri akan menyerahkan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bermula 28 Jun ini kepada masjid, surau, agensi dan institusi yang bakal melaksanakan ibadah korban pada akhir bulan ini.
Amirudin berkata secara keseluruhan kerajaan negeri membelanjakan RM6 juta bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Amirudin (tiga, kiri) melihat haiwan korban selepas merasmikan Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, hari ini. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Proses pewartaan semula HSKLU sudah dimuktamadkan - MB Selangor
Isu pewartaan semula tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Selangor nafi keluar notis nyahwarta HSKLU untuk pembangunan
Kerajaan Selangor menafikan telah mengeluarkan notis penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk tujuan pembangunan bercampur di kawasan tersebut.

Kerajaan Selangor mulakan proses mewartakan semula HSLKU - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan proses mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

HSKLU bukan hutan rosot, henti keluar kenyataan tidak benar - PHSKLU
Pada 2016, sebanyak 10,000 batang pokok ditanam menerusi usaha membabitkan masyarakat Orang Asli, Jabatan Perhutanan dan pemilik tanah berdekatan termasuk Boh Plantation Estate dan Gamuda Cove.

Raja Muda Selangor nafi ada kaitan dengan pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Sisa-sisa kawasan hutan di Selangor patut dipulihkan semula dan dipelihara - Dr Ibrahim Komoo
Selangor sudah sedia maju dan tidak perlu pembangunan lagi, sebaliknya perlu memanfaatkan pendapatan besarnya untuk memulihkan dan memelihara kawasan hijau yang masih ada di negeri itu.

Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.

Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.

MB Selangor diminta beri penjelasan keputusan nyahwarta HSKLU - Anwar Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diminta memberi penjelasan tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Gabungan PHSKLU mungkin ambil tindakan undang-undang
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Suresh Kumar Balasubramaniam berkata gabungan PHSKLU telah mengadakan perbincangan dengan peguam mereka berhubung perkara tersebut.