Polis menahan lima lelaki warga India dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pemprosesan dadah syabu di Linggi dan Teluk Kemang dekat sini dalam operasi bermula Jumaat lepas sehingga pagi semalam .
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis turut merampas dadah bernilai RM2.4 juta dan peralatan serta bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah syabu.
"Operasi ini melibatkan tiga serbuan oleh JSJN Bukit Aman dan Negeri Sembilan, yang bermula pada Jumaat lepas pukul 6.20 petang dan berakhir semalam pukul 2.15 pagi.
"Serbuan pertama, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan seorang lelaki warga India berusia 30 tahun di sebuah kampung di Rantau.
"Hasil tangkapan kedua-dua suspek membawa kepada pembongkaran sebuah kandang kambing di dalam ladang kelapa sawit di Linggi yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohmad berkata serbuan di kandang kambing itu membawa kepada penahanan empat lagi lelaki warga India berusia 27 hingga 40 tahun dan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.
"Di kandang kambing itu, polis turut merampas 4.3 kilogram (kg) ketulan kristal dipercayai syabu, 43.7kg cecair meth oil dan 50kg serbuk bahan kimia yang akan digunakan dalam proses membuat dadah itu.
"Sejurus itu, kira-kira 20km dari lokasi kandang kambing, polis telah menyerbu sebuah rumah di Teluk Kemang yang juga digunakan untuk memproses dadah jenis syabu dalam skala yang kecil," katanya.
Beliau berkata di rumah tersebut, polis telah merampas 150g ketulan kristal dipercayai syabu, 1.3kg meth oil dan sejumlah serbuk disyaki bahan kimia untuk memproses dadah.
Mohmad berkata polis percaya dadah yang diproses itu untuk pasaran tempatan dan berdasarkan daripada jumlah bahan-bahan yang dirampas, jika siap diproses sebanyak 23kg syabu dapat dihasilkan untuk kegunaan 115,000 penagih.
Siasatan awal mendapati keenam-enam suspek, yang direman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis masih menyemak rekod kemasukan suspek warga India sama ada secara sah atau tidak, katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018
![Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465294468_MohmadSalleh.jpg)
MOHMAD: Operasi melibatkan tiga serbuan oleh JSJN Bukit Aman dan Negeri Sembilan. - Gambar fail
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
![Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465294468_MohmadSalleh.jpg)
Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India
Polis turut merampas dadah bernilai RM2.4 juta dan peralatan serta bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah syabu.