KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd melalui syarikat usaha samanya, Aco Tech Sdn Bhd telah melancarkan pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia.
Aco Tech dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pusat itu dinamakan 'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur bersama-sama menikmati inovasi terbaharu dalam industri automotif.
Proton DX berkeluasan 5,275 kaki persegi terletak di dalam Quill City Mall, Kuala Lumpur dan akan menempatkan gabungan teknologi interaktif, ruang santai dan elemen gaya hidup untuk mewujudkan pusat pengalaman yang unik.
Pusat tersebut terdiri daripada enam zon pengalaman iaitu kokpit maya, zon aktiviti, kafe Aico, zon gaya hidup, ruang penghantaran dan pameran ATLAS Mall yang membolehkan pengunjung melihat pelbagai produk terdapat pada aplikasi ATLAS Auto.
"Proton DX juga mahu berperanan sebagai platform menarik untuk pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta mencetuskan minat dalam bidang itu dalam kalangan generasi muda," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aco Tech, Li Pu berkata mobiliti pintar dalam industri automotif berkembang pada kadar yang pantas.
"Kami teruju menyediakan penyelesaian yang meningkatkan pengalaman pemanduan, menjadikan setiap pemanduan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia," katanya semasa pelancaran Proton DX di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata pengguna yang ingin membeli kereta Proton akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada Proton DX kerana mereka boleh mengalami fungsi dan aksesori yang ditawarkan dalam setiap model Proton di pusat tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata Proton DX akan menjadi tempat untuk pelanggan menikmati dan masuk secara percuma dan mudah kerana mereka tidak akan didesak atau dipujuk untuk membeli produknya.
Kumpulan itu juga akan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak cawangan Proton DX terutamanya di bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang atau Johor Bahru, kata Roslan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
![Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687171009_Proton.jpg)
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur. - Gambar fail
![Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738999944_Mengeluh.jpg)
Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS, tanpa dana AS - PBB
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
![Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738997966_KhairiKhairudin.jpg)
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
Wanita maut terjatuh dari tingkat atas PPR
Seorang wanita ditemui mati di tempat parkir motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
KDN haramkan tiga buku
KDN mewartakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari, tiga tajuk buku iaitu "My Shadow Is Purple, Koleksi Puisi Masturbasi dan All That's Left In The World.
KPM tidak pernah benarkan syarikat swasta, perunding kewangan buat aktiviti di sekolah: Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat swasta atau perunding kewangan untuk menjalankan aktiviti dalam kawasan sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Keputusan tidak teruskan garis panduan hadiri rumah ibadat bukan Islam tepat - GRS
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan pada Jumaat
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
Sarawak tidak perlu garis panduan agama - SUPP
Menyifatkan Sarawak sebagai negeri “sekular”, Setiausaha Agung SUPP, Sebastian Ting, berkata mereka mendapati garis panduan yang dicadangkan itu “tidak perlu dan keterlaluan”.
Garis panduan lawat rumah ibadat bukan Islam ikut negeri
Garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam yang telah diguna pakai di setiap negeri sudah memadai untuk dijadikan rujukan.
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
![Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738916631_tbSaaraniMohamad.jpg)
Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.
![Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736779500_GuaMusangLelakiM.jpg)
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.
![Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723715937_TBProtonjpg.jpg)
Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.
![Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.
![Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723715937_TBProtonjpg.jpg)
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
![Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000 Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729923372_ZhangQiang.jpg)
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
![Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688197361_keretaelektrik.jpg)
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
![Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688534448_ProtonX.jpg)
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
![Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024 Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725091807_eMAS.jpg)
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.