KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Mac, meningkatkan jumlahnya kepada 39,150 unit bagi suku pertama (S1) dengan jualan eksport 63 peratus lebih tinggi dari tahun lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata bahagian pasaran Proton dianggarkan pada 19.3 peratus, kedua tertinggi dalam kalangan semua jenama automotif.
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif Malaysia dianggarkan pada 202,492 unit untuk tiga bulan pertama 2024, menyamai pertumbuhan 5.1 peratus," kata pengeluar kereta nasional itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata suku pertama 2024 berakhir secara positif bagi Proton. Tanpa faktor luaran yang menggalakkan pertumbuhan jualan tahun ini, angka yang dicapai menawarkan bacaan permintaan pasaran yang lebih tepat.
Industri automotif di Malaysia terus rancak, dan ini terbukti dengan pertumbuhan keseluruhan dalam TIV.
"Untuk sepanjang tahun ini, Proton akan mencari pertumbuhan jualan yang berterusan dengan bekerjasama rapat dengan vendor kami untuk menghasilkan lebih banyak unit model terlaris seperti Proton Saga dan Proton S70, sambil terus membina volum jualan eksport kami.
"Kami yakin dapat memenuhi sasaran pertumbuhan kami sambil turut berusaha ke arah komitmen yang lain seperti pembangunan dan pengenalan model kenderaan elektrik (EV) kami sendiri pada masa hadapan," katanya.
Proton memberitahu bahawa jualan Proton Saga membuktikan kenyataan itu dengan 18,247 unit terjual dalam tiga bulan pertama tahun ini, model itu mencatatkan jualan suku pertama terbaik dalam tempoh 12 tahun.
Bagi Mac, sebanyak 5,906 unit telah dijual, termasuk 93 unit untuk pasaran eksport, meletakkan model itu di tempat kedua dalam pasaran sedan segmen A yang kompetitif.
Proton S70 telah membuka segmen pasaran baharu untuk syarikat itu, dengan 2,072 unit dijual pada bulan Mac (35 unit dieksport) menjadikan jumlah jualan untuk S1 kepada 5,828 unit.
Proton X50 mencatat jualan sebanyak 1,626 unit, manakala Proton X70 menyaksikan peningkatan sebanyak 35.5 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 603 unit terjual.
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat itu, Proton X90, mengekalkan prestasi kukuhnya dalam pasaran SUV segmen D dengan 326 unit dihantar kepada pelanggan pada Mac.
Bagi Proton Persona, ia terjual sebanyak 1,665 unit pada Mac menjadikan jumlah S1 kepada 5,370 unit dan menempatkannya sebagai sedan segmen B kedua paling popular di negara ini.
"Bagi model Iriz, ia mencapai jualan sebanyak 468 unit pada Mac dan 1,534 unit bagi suku tersebut untuk mengekalkan kedudukan keempat dalam segmen pasarannya," kata Proton.
Sementara itu, Proton telah melancarkan Proton X50 dan Proton X90 di Trinidad dan Tobago, yang akan membantu meningkatkan permintaan dan keterlihatan jenama itu di negara Hindia Barat.
"Ia merupakan satu lagi langkah dalam usaha pertumbuhan jualan eksport Proton kerana kami ingin meningkatkan sumbangan jualan eksport kepada jumlah jualan tahunan kami," kata Roslan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata suku pertama 2024 berakhir secara positif bagi Proton.
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Proton capai pengeluaran lima juta unit kenderaan dalam tempoh 41 tahun
Proton X90 Flagship adalah kenderaan yang mencatat rekod sebagai unit kelima juta.
Proton kekalkan kedudukan jualan dengan 12,666 unit terjual pada Mac
Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Mac.
Proton akan perkenal kenderaan elektrik seawal 2025 - Timbalan CEO
Proton Holdings Bhd mungkin akan mempercepatkan pengenalan kenderaan elektrik yang bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna Malaysia seawal tahun 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.
Jualan Proton cecah 100,000 unit pada akhir Sept 2022
Sebanyak 102,353 unit dijual dalam sembilan bulan pertama 2022, melonjak 40.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Proton jual 14,787 unit kenderaan pada Jun 2022
Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan bulanan terbaik setakat ini sebanyak 14,787 unit (tempatan dan eksport) yang didaftarkan pada Jun.
Penguasaan Proton cecah tahap tertinggi dalam tujuh tahun pada 27.1 peratus
Proton Holdings Bhd telah menyampaikan 11,873 kereta pada Februari (domestik dan eksport) untuk mencapai tahap pasaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Jualan kenderaan Proton susut 29.9 peratus pada Januari
Proton berkata pegangan pasaran dianggarkan pada tahap 18.5 peratus iaitu kira-kira 1.0 peratus lebih rendah berbanding Januari 2020.
Proton gesa pemilik Perdana 2012 - 2018 tukar beg udara
Proton Holdings Bhd (Proton) memohon kerjasama pemilik kereta Perdana yang dibina pada 2012-2018 untuk menukar beg udara Takata di pusat servis berhampirannya dengan seberapa segera.
Proton tawar pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk Hari Raya
Proton Holdings Bhd menawarkan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma kepada pelanggan di semua pusat servis yang sah sempena cuti Hari Raya.
Kerjasama Proton dengan syarikat asing bantu hasilkan kereta lebih berkualiti
Kerjasama strategik Proton Holdings Bhd dengan beberapa syarikat pengeluar kereta asing membolehkan syarikat automotif negara itu menghasilkan kereta yang lebih berkualiti.