Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Menurutnya, ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya dimaklumkan pembekal bahawa kereta Proton Perdana tidak mencukupi, maka pilihan diberikan dan disyorkan ialah Toyota Vellfire.
"Kita dapat pengesahan kereta Perdana mencukupi. Itu sebab kita akan kekalkan kereta Perdana untuk menteri dan timbalan menteri," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.
Lim berkata, pemberian kontrak baharu kenderaan akan dimuktamadkan selepas diputuskan dalam Jawatankuasa Tender di bawah Kementerian Kewangan.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Janji niaga itu dilapor melibatkan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.
Pelantikan syarikat baharu itu berikutan kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan tamat 2019.
Ditanya adakah kontrak yang sama melibatkan Spanco, Lim berkata: "Bukan, saya akan umumkan kemudian."
Lim berkata, kontrak baharu itu perlu dimuktamadkan secara terperinci oleh Jawatankuasa Tender, dan beliau tidak terlibat.
Mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Malaysia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Lim berkata, pihaknya akan mengambil cadangan daripada Kementerian Pengangkutan (MoT).
"(Kami) ambil maklum dengan cadangan daripada MoT... kami sedang menunggu senarai mereka," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang berkata pelantikan itu bukan di bawah bidang kuasa MoT.
Semalam, Loke dilaporkan berkata, Prasarana adalah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), manakala MAHB pula sebahagiannya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia.
Laporan sebelum ini menyebut Presiden dan CEO Prasarana, Mohamed Hazlan Mohamed Hussain yang dilantik menyandang jawatan itu pada 3 Sept, 2018 telah digantung tugas oleh Lembaga Pengarah syarikat itu.
MAHB pada Isnin pula memaklumkan Bursa Malaysia bahawa CEO Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin telah melepaskan jawatan itu bagi meninjau peluang lain. Berikutan itu, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh yang merupakan Ketua Pegawai Operasi MAHB memangku tugas CEO. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020

Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri, kata Lim Guan Eng. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Proton Perdana kekal kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri
Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.