KUCHING: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.
Timbalan ketua pegawai eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata sambutan menggalakkan itu mencerminkan keyakinan dan keterujaan pelanggan terhadap model terbaharu itu.
"Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90, kami kini membawa kehebatan teknologi kami kepada model sedan keluarga yang baharu.
"Minggu lalu, Proton S70 membuat penampilan sulungnya di Sabah, dan kini, kami teruja untuk meneruskan keterujaan itu ke Sarawak.
"Hari ini menandakan satu peristiwa istimewa tatkala kami memperkenalkan era baharu memacu inovasi ke negeri yang dinamik ini," katanya dalam ucapan semasa majlis pelancaran Proton S70, di sini hari ini.
Pada 28 Nov, Proton melancarkan sedan kompak S70 dan menyasarkan menjual lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama pelancarannya.
Ketua pegawai eksekutifnya Li Chunrong berkata S70 1.5 liter turbo didatangkan dalam empat varian, iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
Tempahan S70 akan diserahkan kepada pengguna awal tahun depan dengan Premium dan Flagship X menjadi varian paling popular.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023

Timbalan Pegawai Eksekutif PROTON Roslan Abdullah (dua, kanan) merasmikan pelancaran model keluaran terbaharu PROTON iaitu Proton S70 di Viva City Megamall hari ini. - Foto Bernama

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Proton terima lebih 4,000 tempahan bagi sedan baharu S70
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menerima lebih 4,000 tempahan setakat ini bagi kereta sedan kompak S70 yang baru dilancarnya.