SIBU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menampilkan muka baharu dan calon wanita untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
PRU15 di Sarawak bakal menyaksikan enam kerusi Parlimen menjadi medan pertahanan dan pertempuran PRS iaitu di kawasan Parlimen Kanowit, Lubok Antu, Selangau, Hulu Rajang, Julau dan Sri Aman.
Perkara ini disahkan oleh Presidennya, Datuk Joseph Salang Gandum selepas Majlis Makan Malam Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan ke-5 Badan Induk PRS di Kingwood Hotel pada Ahad.
“Memang hasrat kita untuk mencalonkan wakil yang boleh memenangi kerusi tersebut ini adalah termasuk golongan wanita begitu juga kita tidak melupakan muka muka baharu,” katanya.
Bagaimanapun, jelasnya PRS akan turut mempertimbangkan pandangan pengundi sebelum seseorang wakil itu dicalonkan bagi meraikan hak mereka sebagai rakyat selain menjamin sokongan yang tidak berbelah bagi.
“Tetapi sekiranya didapati pengundi di sesuatu kawasan mahukan muka lama juga maka kita harus memikirkan bagaimana, kalau kita tidak letakkan calon muka lama adakah ini akan menjejaskan prestasi kita dalam PRU15.
“Ini keputusan ini mesti kita mesti timbang dan fikirkan sewajarnya begitu juga dengan kematangan dan kepintaran dari segi pimpinan GPS, kita akan boleh menentukan sesiapa yang boleh dicalonkan yang sebenarnya boleh memenangi kerusi berkenaan,” katanya.
Pada PRU14 yang lalu PRS tewas di kerusi Parlimen Julau, Lubok Antu dan Selangau sementara pada tahun 2019 parti itu kehilangan kerusi di Parlimen Sri Aman selepas Datuk Masir Kujat melompat parti menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).
PRS kini hanya mempunyai dua calon di kerusi Parlimen Hulu Rajang melalui Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Kanowit melalui Datuk Aaron Ago Dagang.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Apr 25 2022
Jelasnya Joseph, PRS akan turut mempertimbangkan pandangan pengundi sebelum seseorang wakil itu dicalonkan bagi. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Malaysia perlu pendekatan komprehensif untuk tangani isu simpanan persaraan - SC
SC mengembangkan rangka kerja PRS untuk membolehkan penyedia semasa dan pengurusan pelaburan digital menawarkan PRS berasaskan algoritma.
PRS sahkan tampil muka baharu, calon wanita dalam PRU15
PRU15 di Sarawak bakal menyaksikan enam kerusi Parlimen menjadi medan pertahanan dan pertempuran PRS.
Sah! Joseph Salang Gandum kini Presiden PRS
Joseph Salang Gandum akan menggalas tanggungjawab yang sebelum ini digalas mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pada 30 Oktober tahun lalu.
PRN Sarawak: Sebelum Nicholas, ada beberapa nama lain dicadang di DUN Baleh
Parti Rakyat Sarawak (PRS) memaklumkan terdapat beberapa nama dicalonkan untuk menggalas tanggungjawab di DUN Baleh.
PRN Sarawak: "Pembangkang hanya tahu berjanji, saya alu-alukan kehadiran mereka" - Liwan Lagang
"Lebih ramai bertanding di Dun Belaga, lebih meriah, saya alu-alukan," kata Datuk Liwan Lagang.
Pemergian Masing: Joseph Salang Gandum kini pemangku PRS
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan PRS sendiri iaitu Datuk Joseph Salang Gandum.
Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing
Pemilihan Timbalan Perdana Menteri melibatkan ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan satu langkah tepat dalam pembentukan kerajaan baharu.
Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Agong Isnin depan
Agong telah menjemput dan memberikan khalayak kepada presiden parti komponen GPS melalui persidangan video dari pejabat ini pada hari Isnin, 14 Jun 2021 jam 11.00 pagi.
MAHB, Malaysia Airlines bekerjasama laksana proses pemeriksaan keselamatan lebih selamat
Sistem Penyelarasan Penumpang telah dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya.
Definisi 'penduduk negeri' dalam Perlembagaan Sarawak perlu diperjelas - ADUN Batu Kitang
Istilah 'penduduk negeri' dalam Perlembagaan Sarawak perlu diperjelaskan untuk menjaga keistimewaan rakyat Sarawak bagi melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).