BAYAN BARU: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan anaknya itu dipersetujui sewaktu pertemuan dengan ketua-ketua cabang negeri terbabit di Bayan Baru, hari ini.
Anwar berkata, langkah itu juga susulan keputusan PKR sebelum ini yang menetapkan tugas mengetuai jentera PRU di Semenanjung diberi kepada timbalan dan naib presiden parti.
Bagaimanapun untuk Sabah dan Sarawak, ia akan diputuskan sendiri oleh ketua-ketua cabang di negeri berkenaan.
"Dalam menentukan pimpinan untuk memimpin jentera pilihan raya, kita sudah tetapkan timbalan presiden dan naib presiden (ketuai) semua negeri. Ia sudah diputuskan melainkan Sabah dan Sarawak cabang sendiri yang akan putuskan.
"Jadi untuk Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Nurul Izzah akan mengetuai jentera negeri untuk menyediakan satu gerakan pilihanraya," katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ketua cabang PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di Wisma Keadilan Pulau Pinang di Bayan Baru, pada Khamis.
Terdahulu, di Perak, Anwar berkata, PKR membuat perubahan apabila melantik timbalan presiden dan naib presiden sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
Ia berbeza berbanding sebelum ini apabila Ketua-Ketua Cabang memilih seorang dalam kalangan mereka sebagai Pengerusi MPN.
Jelasnya, perubahan itu dibuat bagi membolehkan timbalan atau naib presiden yang dilantik memimpin jentera parti bagi menghadapi PRU15.
Sementara itu mengulas mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU, katanya semua pimpinan negeri telah diminta menyegerakan rundingan dan membuat keputusan selepas persidangan Majlis PH pada minggu depan.
"Kita bincang tentang kerusi yang dipegang oleh parti dan pimpinan negeri diminta supaya menyegerakan rundingan terutama selepas Majlis Pakatan Harapan bersidang minggu depan," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Aug 11 2022
![PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660231116_NurulIzzahAnwar.jpg)
Pelantikan Nurul Izzah itu dipersetujui sewaktu pertemuan dengan ketua-ketua cabang negeri terbabit di Bayan Baru, hari ini. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727939317_MuhyiddinYassin.jpg)
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733045168_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
![Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656335470_TajuddinAbdulRahma.jpg)
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
![Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719733785_FuziahSalleh.jpg)
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
![Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724732586_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
![Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721904773_TBramanan.jpg)
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
![Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718962455_MohdAziziAbuNaim.jpg)
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
![Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713739685_tbTajuddinAbdulRah.jpg)
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
![Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711342665_TBFAUZIAHSALLEH.jpg)
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
![Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709122499_TBMasErmieyati.jpg)
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).