IPOH: DAP Perak masih mengunci mulut mengenai desas-desus parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Pengerusinya Nga Kor Ming berkata, pembahagian kerusi dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini Khamis ini.
"(DAP) tambah kerusi atau tidak, jika boleh (memang mahu tambah kerusi bertanding PRU15). Kita tunggu 20 Okt, kena tunggu ini tarikh memang 'feng syui'," katanya ringkas pada sidang media di Wisma DAP di sini hari ini.
Pada PRU14, DAP menang di semua tujuh kerusi Parlimen yang ditandingi iaitu Ipoh Timor, Ipoh Barat, Kampar, Batu Gajah, Teluk Intan, Beruas dan Taiping manakala 18 kerusi DUN dimenangi antaranya Sungkai, Aulong, Canning, Tebing Tinggi dan Pasir Pinji.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Menurut Kor Ming, pembahagian kerusi dalam gabungan Pakatan Harapan akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini Khamis ini. - Gambar fail

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.