KOTA BHARU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi Parlimen di Kelantan yang akan ditandingi calon Gerakan Tanah Air (GTA), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Pejuang Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus.
"Jadi tiada keputusan yang dibuat, kerana ada pertindihan calon kerusi Parlimen yang dikemukakan oleh kedua-dua parti, antaranya di Parlimen Kota Bharu, Tumpat dan Pengkalan Chepa.
"Pengerusi GTA Kelantan Datuk Ibrahim Ali, tidak sepatutnya terburu-buru membuat kenyataan kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan semua pimpinan parti Komponen di dalam GTA," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sazmi yang juga Timbalan Pengerusi GTA Kelantan berkata keputusan untuk menempatkan calon masih lagi dalam perbincangan dan perincian, kerana gabungan itu akan mengetengahkan calon-calon yang terbaik.
Media hari ini melaporkan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi GTA dan Presiden Putra berkata parti itu akan bertanding di tujuh daripada 14 kerusi Parlimen Kelantan pada PRU15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022

Ketua Pejuang Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus. - Gambar fail/Sinar Harian

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

PRU15: Pejuang, Putra belum muktamad pembahagian kerusi di Kelantan
Ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus.